• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Biadab Punya Budak Flat PPR!”

oleh AK-47
18/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBUATAN khianat dua individu yang meletakkan pintu kayu di hadapan sebuah lif pangsapuri nyaris menyebabkan kecederaan kepada seorang penghuni wanita.

Dalam kejadian di blok E, Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor, mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 40-an bagaimanapun bernasib baik.

Ini berikutan kedudukan dirnya yang secara kebetulan pula berada di bahagian tepi ruang lif berkenaan ketika kejadian tersebut dan berjaya dirakamkan kamera litar tertutup di situ.

“Kejadian berlaku semalam, nasib tiada orang ramai dalam lif dan mujur akak itu berada di tepi lif berkenaan. Inilah manusia… Orang dah bagi kemudahan bukan nak guna dan jaga dengan elok.

“Malah merosakan dan mendatangkan bahaya pada pengguna yang lain,” dakwa seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Aini Ismail di laman Facebook dalam kejadian pukul 8.24 malam itu.

Tambahnya, sekiranya wanita itu berada di tengah-tengah, sudah pasti insiden terbabit bertukar menjadi mimpi buruk buat dirinya dan seluruh warga pangsapuri.

Difahamkan dua remaja lelaki itu juga merupakan penghuni di pangsapuri berkenaan sendiri dan laporan polis mengenai insiden tersebut juga telah dibuat oleh pengadu.

Sementara itu, netizen yang menonton rakaman melahirkan rasa geram terhadap tindakan pelaku yang bukan sahaja membahayakan nyawa penduduk, malah menimbulkan kes lebih rumit jika membabitkan kanak-kanak.

Rata-rata pengguna media sosial juga menyarankan agar satu tindakan susulan dijalankan oleh pihak pengurusan dan penduduk bagi mengesan kedua suspek remaja berkenaan.

“Budak bangang macam ini jumpa elok tampar je kepala sesekor, kecil-kecil tak nak mampus dah besar menyusahkan orang,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: khianatlif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd