• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Baby Aminah Sayukan Hati Netizen

oleh Haris
30/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video seorang bayi yang dilihat seperti mempunyai penyakit kulit kronik yang tular nyata menyentuh perasaan orang ramai.

Bayi tersebut, yang dipanggil dengan nama Aminah itu kelihatan menderita dengan penyakit kulit dan menerusi rakaman video berkenaan, sedang menangis sambil dipujuk seorang wanita.

Wanita tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab memuat naik dua rakaman bayi ‘syurga’ berkenaan di laman sosial Facebook dan dikenali dengan nama Anies Aida Muda.

Menerusi tinjauan ke akaun Facebooknya, difahamkan bayi tersebut hanyalah anak susuan Anies yang sememangnya mempunyai pengalaman menjadi ibu susuan kepada bayi yang memerlukan.

Daripada perkongsiannya itu, Anies menulis nama bayi berkenaan adalah Aminah dan sangat sesuai dengan empat orang anaknya yang nama mereka juga dimulakan dengan huruf ‘A’.

Anies sebenarnya hanya mengambil anak berkenaan untuk memberi bantuan dalam bentuk susu badan memandangkan ibu kandung bayi berusia tiga bulan itu kekeringan susu badan selepas sering berulang-alik ke hospital.

Semalam, akaun Facebook Urut Bersalin Johor memuat naik posting meminta bantuan sesiapa yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak kecil tersebut.

Iklan itu turut meletakkan alamat rumah di Johor Bharu ibu kandung bayi berkenaan yang dikenali sebagai Intan Liana Abdul Aziz  dan juga nombor akaun bank sekiranya ada orang yang mahu memberikan bantuan.

Difahamkan, Anies mengambil peluang tersebut untuk menjadi ibu susuan kepada Aminah selepas melihat iklan tersebut selain mempunyai pengalaman menjadi ibu susuan.

Selepas video yang dimuat naik Anies itu tersebar, rata-rata netizen sayu melihat kondisi yang dialami Aminah dan hanya mampu mendoakan kesembuhan terhadap penyakit yang dialami bayi itu.

“Allahuakbar. Meangis dengar suara bayi tu. Semoga baby Aminah cepat sembuh. Tahniah kak Anies. Untung dapat jadikan Aminah sebagai anak susuan. Anak syurga,” tulis Asiah Jamian di ruangan komen.

“Sebak dengar suara Aminah. Semoga Aminah terus kuat, sihat dan jadi anak yang solehah. Semoga Allah permudahkan segala urusan Anies. Aamin,” tulis Kamariah Kamarudin di Facebook.

Selain itu, mereka juga memuji tindakan Anies yang sudi memberikan bantuan kepada bayi itu dalam bentuk susu badan kepada bayi ‘syurga’ itu.

“Anak yang bijak anak yang comel, semoga membesar dengan sihat ya. Besarnya pahala awak yg bernama Anies Aida Muda semoga urusan awak dan bayi comel ini dipermudahkan Allah,” tulis Ziehan Zainul.

“Semoga kak Anies sentiasa dilimpahkan rezeki susu yang melimpah ruah, dan semoga bayi Aminah cepat sembuh,” tulis Fatin Nurraini.

Buat masa ini, tidak diketahui penyakit sebenar bayi berkenaan namun kulit muka bayi tersebut dilihat seperti mengelupas dan penyakit kulitnya kelihatan kronik. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: bayiPenyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd