• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Abang Taranum Muncul Lagi Sempena PRU14

oleh AK-47
15/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHANGATAN Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin terasa apabila parti-parti politik mula memperkenalkan calon mereka.

Namun, apa yang mencuit hati para netizen ialah kemunculan dua individu yang pernah tular dengan taranum ‘gaji dah masuk’, kali ini menerusi video terbaharu mengenai pilihan raya.

Video berdurasi kira-kira dua minit yang dimuat naik di akaun Facebook ‘Abang Ranum’ pada Jumaat malam itu menyeru rakyat Malaysia supaya mengundi dengan bijak pada 9 Mei depan.

“Dengar sini semua rakyat Malaysia, sudah tiba musim pilihanraya. Hendaklah kita pangkah dengan bijaksana.

“Bikin undi rosak tiada guna, kerana kita penentu masa depan negara,” katanya sambil bertaranum sebelum muncul seorang lelaki berperwatakan seperti wakil rakyat bersama poster ‘undilah calon’ yang ditampal di dinding.

Rakaman kemudian diakhiri dengan gelagat kedua mereka yang bersalaman sambil meminta yang bertaranum itu agar mengundinya pada pilihan raya nanti.

Pemilik sebenar suara taranum itu, Alfian M Nor, 38, yang dipetik portal mStar Online berkata video tersebut dibuat bagi menyeru rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Katanya lagi, pilihan raya ini diharapkan diadakan secara aman harmoni dan jangan amalkan budaya kecam mengecam selain hormati menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza fahaman politik.

Sementara itu rakan duetnya Irwan Effendy Bahtiar, 36, pula memberitahu kemunculannya sebagai ‘YB’ sekadar guruan bagi menyuntik elemen humor dalam video yang dibuat bagi mengajak rakyat keluar mengundi itu.

Duo ‘taranum’ ini mula dikenali dengan video tular mereka mengenai ‘hari gaji’ dan kali terakhir taranum mereka dibuat sempena agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Februari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PRU-14taranum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd