• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha ‘Spin’ Projek ECRL Tiada GST Terbongkar

oleh
18/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI LAGI… Umum maklum bahawa pada 11 April lalu, Perdana Menteri mendedahkan sebab kontraktor dari China dipilih untuk membangunkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ini kerana tawaran pinjaman yang diberikan adalah kadar terendah di dunia. Lebih unik, Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan tawaran tersebut datang dari kerajaan China sendiri dan bukannya pihak syarikat terlibat.

“Tawaran diberikan adalah istimewa iaitu memberikan pinjaman 85 peratus daripada nilai projek dan kemudahan tempoh bayaran balik pinjaman selepas tujuh tahun dengan dikenakan faedah yang paling rendah di dunia.

“Sebab itu, kita pilih kontraktor dari negara China kerana pihak syarikat kontraktor projek ini memang sudah biasa membina landasan yang paling panjang di dunia. Kalau kita tidak terima, maka dangkallah kita ini.

“Kalau kita ada akal fikiran, kita pinjam, tujuh tahun tidak payah bayar dan bila bayar nilai mata wang pun turun,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah ECRL peringkat Kelantan di Tunjong pada 11 April lepas.

Selepas Najib buat pengumuman ini, pembangkang mulalah cari point untuk mengelirukan kepala rakyat. Seboleh-bolehnya pembangkang mahu rakyat benci projek ini dan mereka memang mahu membatalkan pun ECRL ini.

Justeru semalam tersebarlah menerusi media sosial yang konon syarikat dari China dapat projek ini tidak dikenakan GST. Tuduhan yang sengaja dibuat untuk bagi rakyat marah kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Logiknya, bagaimana pula hendak kena GST kerana projek mega ini adalah usaha sama antara kerajaan China dan Malaysia. Bahkan kerajaan China tawar kemudahan pinjaman dengan kadar faedah rendah sebagai timbal balas.

Bertindak atas tohmahan jahat pembangkang itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan pertimbang pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat terlibat.

Menjelaskan sebab pelepasan tersebut, beliau turut mendedahkan bahawa ECRL sebenarnya adalah projek prasarana melibatkan dua buah kerajaan yang membabitkan kepentingan awam dan pulangan kepada negara.

“Ia bagi kurang kos projek yang berorientasi kemudahan awam. Secara am, pelepasan ini bagi memastikan projek strategik dapat dilaksanakan dengan jaya serta beri manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Subromaniam dalam satu kenyataan media berkata, pelepasan terhadap syarikat terbabit iaitu CCCC dibuat selepas pihak kastam mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.

“Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST,” katanya lagi sekali gus menepis fitnah jahat pembangkang konon ECRL sebagai menggadaikan kedaulatan negara kepada pihak asing.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato Eric See To berpendapat pihak pembangkang sengaja mahu ambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan dalam isu GST.

Ini seterusnya dapat lagi cetus kebencian dalam kalangan rakyat. Menurutnya, asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan untuk membayar sepenuhnya GST atau VAT.

Pihak ketiga dalam sistem perbekalan tersebut memang boleh menuntut kembali cukai dikenakan terhadap mereka daripada kastam, namun sebaliknya pengguna terakhir pula tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.

Justeru Eric See To menjelaskan bahawa bagi pelaksanaan projeck ECRL, pelanggan terakhir sebenarnya adalah pihak kerajaan. Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah kerajaan dan dibayar kembali kepada kerajaan.

Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia memang ada diperuntukkan melalui Akta GST sendiri agar proses tersebut tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan langsung daripada berlaku.

Tidak seperti projek kerajaan lain, projek mega ini dibiayai menerusi pinjaman mudah dari luar negara. Maka usaha memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah boleh meningkat.

Jika kos projek termasuk GST ialah RM55b akan meningkat kepada RM58.3 bilion. Yang perlu dipinjam pun naik RM3.3 bilion waima akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.

Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek sebegini. Lucunya, mengapa pemimpin senior Pakatan Harapan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?

Syarikat tempatan yang juga terlibat dalam pelaksanaan projek untuk kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak diberi pengecualian khas untuk GST, akan membayar GST semasa menjalankan projek.

Namun syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan GST dari kerajaan (yang dibayar balik kepada kerajaan) tetapi boleh tuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar syarikat ketika menyiapan projek itu.

Pada akhirnya, kesemua GST yang syarikat tempatan tersebut bayar semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh kerajaan. Projek ECRL bakal memberi 80,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Ia juga meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak 1.5 peratus di wilayah Pantai Timur. Sebenarnya ramai yang akan rugi kalau projek ini dibatalkan walhal ia dibina untuk kemudahan kepada rakyat.

Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan dakyah jahat pihak pembangkang kononnya itu dan ini. Mereka memang dengki pun dengan projek ECRL dan berharap ia langsung gagal dilaksana. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ECRLGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd