• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Usah Marah Jika Tak Dipilih, Ramai Lagi Tak Tercalon”

oleh
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REDA… Rasa tidak puas hati atau benci tidak harus ada pada individu tidak dicalonkan bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Demikian nasihat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil memaklumkan mereka dipilih sebagai calon telah melalui suatu proses dan kemudian keputusan muktamad dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

“Oleh yang demikian, saudara saudari yang dijemput pagi ini jangan terlalu mengira dengan pemilihan semula untuk mewakili BN kerana di luar sana lebih ramai turut bersedih kerana tidak dapat dicalonkan pada kali ini.

“Pencadang dan penyokong calon-calon (yang tidak dipilih), jika ada masalah yang berada dalam kumpulan membenci, langkah-langkah perlu diselesaikan,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis pengumuman calon BN Perak di Ipoh, Perak pada Selasa Selasa.

Mengulas lanjut beliau berkata jangan ada masalah dalaman disebabkan perasaan kebencian ini namun mereka yang berkenaan perlu mengambil langkah-langkah atau pendekatan untuk menyelesaikan masalah.

“Saya tidak mahu lihat dan dengar laporan jika ada di luar sana di mana Pusat Daftar Mengundi (PDM) di tempat panas atau tumpuan tidak timbul. Kesemua jentera atau calon hendaklah menyelesaikan masalah antara mereka.

“Segala masalah yang tidak berpuas hati harus dilupakan dan mereka yang diberi peluang harus wajib memberikan kemenangan,” katanya merujuk kes ada calon pilihan yang gagal dipilih seperti merajuk dan marahkan parti.

Ahmad Zahid seterusnya berkata usaha perlu dilakukan bukan sahaja untuk mengekalkan kerusi sedia ada malah untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam bentuk ‘kekal’ dan ‘kuasai semula’.

Tambah beliau, Perak harus memperoleh kemenangan lebih dua pertiga majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Cabaran yang akan dihadapi ujarnya datang dari luar komponen termasuk calon pembangkang dan bebas.

“Saya mengharapkan sepenuhnya kali inilah kita bangkit semula di DUN dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti sebagai hadiah kita kepada perdana menteri,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata adalah menjadi harapan agar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir terus memimpin melalui sokongan dan dukungan penuh rakyat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd