• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNIKL BMI Sedia Urus Jenazah Imam Palestin Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) bersedia untuk menguruskan urusan pengebumian pensyarah universiti berkenaan Dr Fadi Mohammed Al Batsh, warga Palestin, di Malaysia.

Dekan UNIKL BMI Prof Madya Dr Mohd Izhar Abu Bakar berkata bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan keluarga Fadi mengenai lokasi pengebumiannya berikutan terdapat permintaan keluarganya agar jenazahnya dikebumikan di negara kelahiran.

Menurutnya, abang Allahyarham dijangka tiba di Malaysia petang ini dan akan memutuskan lokasi pengebumiannya.

“Kami sentiasa bersedia apa jua keputusan berkenaan lokasi pengebumian arwah Fadi dan kami sedia untuk membantu,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang dekat sini hari ini, yang mana jenazah Allahyarham ditempatkan.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, Fadi yang juga seorang imam ditembak mati ketika berjalan ke surau dekat sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat subuh.

Menurut Mohd Izhar, kontrak Fadi sebagai pensyarah baru sahaja diperbaharui kerana prestasi kerjanya yang cemerlang.

“Dia sudah bersama kami selama dua tahun, dalam tempoh berkenaan satu hubungan akrab terbina antara Allahyarham dengan pensyarah, penuntut dan kakitangan lain.

“Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan pemergiannya kini amat dirasai seluruh warga UNIKL BMI,” katanya. – BERNAMA

Tags: jenazahkes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd