• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uniform Baharu Polis Singapura Kini Lebih Sejuk

oleh
16/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH lebih 33 tahun ‘berpeluh’ di bawah terik matahari, anggota Pasukan Polis Singapura (SPF) bertugas di barisan hadapan bakal mendapat pakaian seragam baharu bermula Isnin depan.

Agensi berita tempatan MediaCorp melaporkan, uniform baharu itu dikatakan lebih sejuk kepada tubuh badan bagi memastikan mereka berasa lebih selesa untuk bekerja dalam situasi cuaca tropika Singapura yang agak panas.

Pakaian berkenaan terdiri daripada 98 peratus poliester dan dua peratus spandeks, sekali gus mampu bergerak lebih mudah. Unifiorm baharu itu juga direka mampu menyerap air peluh dengan lebih baik dan kering lebih pantas.

Untuk rekod, pakaian seragam sebelum ini diperbuat daripada 100 peratus poliester. Perubahan ini merupakan sebahagian usaha untuk meningkatkan kecekapan selain memberi lebih banyak sokongan dalam menjalankan tugas.

Pada uniform baharu itu juga, perkataan ‘Police’ akan disulam di atas teg nama. Butang besi juga akan digantikan dengan butang plastik yang terselindung. Ini akan memudahkan lagi anggota SPF untuk memakai sarung ves.

Butang rivet pula akan dipasang pada bahagian bahu bagi kegunaan memasang kamera. Pakaian seragam versi terkini itu dihasilkan melalui kerjasama dengan Pejabat Ketua Pegawai Sains dan Teknologi Singapura (OCSTO).

Ia merupakan sebuah unit di bawah Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) yang mendampingi jabatan-jabatan dalam Home Team untuk menghasilkan dan memanfaatkan segala teknologi-teknologi baharu.

Uniform baharu ini sebenarnya dihasilkan selepas diuji dalam dua operasi SPF yang berasingan sejak 2013. Kali terakhir pihak polis tempatan itu menukar pakaian seragam mereka kepada warna biru tua ialah pada tahun 1985.

Sebelum itu, uniform diperbuat daripada 75 peratus poliester dan 25 peratus kapas. Ia kemudian ditukar sekali lagi kepada 100 peratus poliester. Perubahan ini bagaimanapun membuatkan pakaian seragam polis jadi lebih keras.

Ketika ditanya kenapa perubahan ini hanya diusulkan sekarang, seorang jurucakap SPF berkata: “Dalam konteks masa kini, kami terus cari cara untuk menjadi lebih cekap semasa operasi dan pada masa sama capai kemajuan.”

Pakaian seragam baharu itu sudahpun diagihkan kepada semua pegawai dan anggota barisan hadapan, termasuk mereka yang masih lagi menjalani latihan skim perkhidmatan negara secara sepenuh masa di Akademi Home Team.

Bagi uniform yang lama pula, jurucakap SPF itu berkata: “Besar kemungkinan kami akan mengumpul semula semua pakaian seragam tersebut dan cuba untuk kitar semula. Dengan perubahan baru ini, akan ada beberapa masalah.

“Ia dijangka pada peringkat awal sahaja, namun pihak kami tetap komited untuk memastikan semua petugas berasa selesa ketika memakai pakaian seragam yang baharu,” tambah beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SingapuraSPF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd