• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM IPT Pertama Dunia Terbit Sukuk Hijau RM222.3j

oleh AK-47
18/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di dunia menerbitkan Sukuk Hijau SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) bernilai RM222.3 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan loji jana kuasa elektronik solar fotovoltan (PV).

Kemudahan yang terletak di Gambang, Pahang dan dijangka akan beroperasi secara komersial pada November 2018, akan menjadikan UiTM sebagai universiti pertama Malaysia yang memiliki dan mengendalikan loji jana kuasa PV berskala besar 50 megawatt (MW).

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Ahmad Zaidee Laidin berkata kemudahan yang dibina di kawasan seluas 117.36 hektar dan menelan belanja RM287 juta, mampu menjana pendapatan lebih RM650 juta kepada UiTM dalam tempoh 21 tahun akan datang.

“Bagi membiayai pembinaannya, UiTM menyuntik ekuiti sebanyak RM56 juta ke dalam projek tersebut manakala baki 80 peratus lagi akan dibiayai menerusi terbitan sukuk bernilai RM222.3 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zaidee berkata, Sukuk Hijau SRI itu diberi penarafan (AA-) dengan unjuran stabil oleh Malaysian Rating Corporation Bhd manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd berperanan sebagai pengatur dan pengurus utama sukuk tersebut.

Menurutnya, loji yang menggunakan lebih 180,000 panel fotovoltan itu mampu menjana tenaga elektrik kepada lebih 22,000 rumah dan seterusnya membantu Malaysia untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida.

“Menerusi syarikat bertujuan khas, UiTM Solar Power Sdn Bhd, loji itu sedang dibina oleh konsortium yang terdiri daripada ET Solar dan Northwest Electric Power Design Institute Co Ltd dari China Power Engineering Consulting Group serta mendapat sokongan kontraktor tempatan yang lain,” katanya.

Menurut Ahmad Zaidee, sebagai nilai tambah, UiTM turut menempatkan sebuah Pusat Penyelidikan Solar UiTM yang akan menjadi pusat kecemerlangan untuk inovasi, pembangunan dan pengkomersialan tenaga boleh baharu.

“Pusat penyelidikan ini juga merupakan kemudahan pertama seumpamanya di dunia yang terletak di tapak sama dengan loji jana kuasa solar komersial yang berskala besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: UiTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Acer Malaysia Lancar Komputer Riba ‘Infinity War’

Next Post

Musang Obes Dikurung Bagi Dapatkan Bulu

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

Next Post

Musang Obes Dikurung Bagi Dapatkan Bulu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd