• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UAE Umum Upah Setara Pekerja Lelaki & Wanita

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKERJA lelaki dan wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menerima jumlah upah yang sama selepas draf undang-undang bagi memastikan kesaksamaan jantina di tempat kerja berkuat kuasa, lapor Associated Press of Pakistan (APP) memetik media tempatan.

Gulf News melaporkan bahawa Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, telah mengumumkan perkara itu melalui akaun Twitter rasmi beliau, yang turut menyatakan bahawa draf tersebut serta perundangan upah telah diterima pakai semasa mesyuarat Kabinet.

UAE telah mengambil beberapa langkah besar ke arah mencapai kesaksamaan jantina, dan pada tahun lepas, pihak berkuasa telah melancarkan “The Gender Balance Guide: Actions for UAE Organisations,” yang akan diterima pakai oleh organisasi awam dan swasta serta institusi-institusi sebagai alat untuk memajukan keseimbangan jantina di tempat kerja.

Panduan itu, yang diwujudkan oleh Majlis Keseimbangan Jantina UAE selaras dengan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Gulf News turut melaporkan bahawa setakat 1 Mac, satu polisi baharu memastikan bahawa kakitangan kerajaan Dubai diberi cuti bersalin selama tiga bulan.

Ia turut membenarkan kakitangan menambah cuti tahunan dan cuti tanpa gaji kepada cuti bersalin, dengan syarat tidak melebihi 120 hari.

Polisi baharu itu, yang telah diluluskan oleh Shaikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai dan Pengerusi Majlis Eksekutif, turut melanjutkan tempoh penyusuan di tempat kerja kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka kepada dua jam berbanding sejam sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Emiriah Arab BersatuUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd