• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mun Kecewa Tidak Dapat Bertanding

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAHANG pilihan raya bakar semangatnya untuk berjuang demi bangsa dan agama namun semangat patriotik yang mengalir dalam tubuh ahli politik tertua di Malaysia, Tok Mun terpaksa dikendurkan berikutan kegagalannya bertanding pada pilihan raya kali ini.

Mengaku kecewa apabila tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) pada 9 Mei ini kerana masalah kewangan, Tok Mun atau Maimun Yusof, 99, nekad bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Memang Tok kecewa sebab tak boleh bertanding tahun ni sebab takdok pitih (tak ade duit), tapi sekarang Tok dah mula kumpul (duit) untuk persediaan pilihan raya akan datang. Itu pun kalau diizinkan Tuhan dan kesihatan Tok baik.

“Pilihan raya ini peluang terbaik untuk bertanding memandangkan keadaan Tok yang sudah mencecah 100 tahun. Kalau tidak hari ini (hari penamaan calon) pasti ia menjadi satu lagi hari bersejarah buat Tok, tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki.

“Ada jugak kawan-kawan dan mereka yang mengenali Tok kecewa kerana Tok tidak bertanding,” kata bekas calon Bebas pada PRU-12 (2008) dan PRU-13 (2013).

Pada PRU-12, Tok Mun yang menentang Mohamad Sabu (PAS) dan Datuk Razali Ismail calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi P36 Kuala Terengganu dianggap berjaya ‘mengalih undi’ apabila calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi.

Tok Mun yang hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi pada pilihan raya itu bagaimana tidak serik dan semangat sayangkan negara daripada dijajah bangsa lain memaksa dia sekali lagi ‘memperjudikan’ nasib bertanding di kerusi sama pada PRU-13.

Namun, Tok Mun yang berkempen sendirian tanpa jentera parti sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila sekadar meraih sebanyak 182 undi sahaja manakala kerusi Parlimen ketika itu dimenangi calon PAS, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang kini memimpin Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu.

“Masa Tok bertanding dulu, takdok (tak ada) orang beri duit pada Tok, Tok guna duit simpanan Tok sendiri untuk kempen dan bayar deposit sebanyak RM10,000,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di rumahnya di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, hari ini.

Dia yang tinggal bersendirian di rumahnya mengakui teruja melihat poster dan bendera yang dipasang sekaligus merangsang semangatnya untuk nekad bertanding pada PRU-15.

Ketika ditanya sama memilih BN atau PAS pada hari pembuangan undi 9 Mei ini, Tok Mun berkata, dia tidak ke mana-mana dan hanya duduk di rumah sahaja pada hari bersejarah itu.

“Tok tak bertanding… buat apa nak keluar mengundi… PAS ke BN ke… dua-dua Tok tak sokong,” katanya.

Bagaimanapun, Tok Mun mengakui BN sebuah parti yang kuat dan bukan senang untuk mengalahkan parti itu. – myMetro Online

Tags: PRU14Tok Mun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Tok Mun Meninggal Dunia

Tok Mun Meninggal Dunia

03/07/2022
0

KUALA TERENGGANU: Tok Mun yang pernah menceriakan politik negara, meninggal dunia hari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Tok Mun atau nama sebenar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd