• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Terus Jadi Bahan Sindiran Pemimpin Pakatan?

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika semalam Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah disindir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hari ini giliran Parti Amanah Negara (PAN) pula berbuat tindakan serupa.

Naib Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan, Kamal Koh hari ini mendakwa kononnya Tunku Ismail `bertukar wajah’ selepas ditegur oleh rakyat gara-gara menyerang Pengerusi Pakatan Pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Setelah ditegur rakyat, TMJ yang handsome kacak dan cerdik segera respon kepada fans FB (Facebook) dan bertukar wajah sebagai “neutral, tidak berpihak mana-mana parti!”,” katanya seolah-olah menyindir baginda di laman Facebooknya hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Muhammad Zahid Md Arip dalam satu rakaman video secara sinis menjawab soalan tentang TMJ meminta rakyat menolak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menyoal maksud disebalik akronim TMJ: “TMJ itu apa? Oh Tunku Mahkota Johor… Itu kena sebut betul-betul lain kali… ‘Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor’. Jangan sebut TMJ sahaja, saya ingat ‘TMJ’ ini maksudnya ‘tak mahu jalan’.”

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pula mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah memandang rendah kemampuan TMJ dalam menentukan hala tuju politik negeri Johor serta pengaruh baginda keatas rakyat Johor dalam PRU14.

Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam itu berkata: “Saya rasa (berdasarkan) maklum balas (netizen) yang kita baca semalam, mungkin sokongan (terhadap) istana tidak boleh dipindah kepada BN Johor.

“Dalam sejarah Malaysia, kuasa rakyat sentiasa penting. Penubuhan Umno pada 1946 adalah manifestasi kuasa rakyat pada masa itu,” dakwanya seperti dilaporkan sebuah portal berita pembangkang.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan pada 7 April 2018 antara lain mengingatkan seluruh rakyat Johor bahawa UMNO dilahirkan di negeri ini iaitu di dalam Istana Johor.

Baginda turut meminta rakyat Johor ingat siapa yang merosakkan UMNO, yang melahirkan kroni dan korupsi, melahirkan proksi dan cuba menarik kuasa-kuasa diraja termasuk cuba membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Justeru, Tunku Ismail meminta rakyat Johor jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular yang bukan mahu menyelamatkan negara tetapi takut apa yang terjadi pada anak-anaknya pada masa depan.

“Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya bekerja bersama nakhoda tersebut. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu,” kata baginda.

Kenyataan awal baginda tentang politik Johor melalui laman Facebook Johor Southern Tigers itu menerima puluhan ribu komen netizen yang menyokong dan tidak menyokong pandangan baginda.

Bagaimanapun, tinjauan Mynewshub keatas laman Facebook tersebut mendapati sebilangan netizen yang membantah kenyataan TMJ dipercayai bukan rakyat Johor.

Keesokannnya, TMJ mengeluarkan satu lagi kenyataan menafikan baginda menyebelahi mana-mana parti politik atau individu dalam kenyataannya itu, sebaliknya hanya memikirkan apa yang terbaik untuk Johor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tunku Ismail Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd