• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Saran Ibu Bapa Pastikan Anak Tamat Darjah Khas

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak beragama Islam di Johor disaran supaya mengikuti pembelajaran di sekolah agama di negeri ini hingga tamat pendidikan darjah khas.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu perkara itu diberi penekanan oleh ibu bapa mereka.

“Sekolah agama di Johor sangat istimewa di mana ia merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang mengkhususkan persekolahan agama dan telah menjangkau usia 100 tahun.

“Setakat ini, negeri Johor telah mempunyai sebanyak 579 buah sekolah agama dan 192 buah tadika agama Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

Tunku Ismail bertitah, antara penekanan pendidikan agama yang dilakukan oleh kerajaan Johor melalui sekolah agama dengan menyediakan pelbagai kemudahan antaranya bayaran yuran yang rendah.

Titah baginda, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut memperkenalkan skim pinjaman kitab untuk Darjah 1 hingga Darjah 3 secara percuma.

Justeru, baginda menyasarkan sebelum tahun 2020, pinjaman kitab secara percuma untuk semua aliran termasuk Darjah Khas dan tadika agama Johor akan dilaksanakan.

“Kerajaan Johor melalui MAINJ juga telah memberikan peruntukan sebanyak RM4 juta merangkumi yuran sekolah, pakaian, serta makanan sihat secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan,” titah baginda. – Mynewshub.cc

Tags: Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd