• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ ‘Dilayan’ Bintang Barcelona, Jumpa Shakira

oleh
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERTUAH… Jika minggu lalu Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul secara mengejut meraikan rakyat di sebuah pasar raya besar, minggu ini pula sekali lagi baginda menarik perhatian ramai.

Menurut laman sosial Facebook rasmi Johor Southern Tigers semalam, kali ini Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dipaparkan bertemu sendiri dengan sejumlah bintang bola sepak kelab terkenal Barcelona di Sepanyol semalam.

Turut ditemui Tunku Ismail bersama-sama dengan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam ialah penyanyi Latin terkenal dunia kelahiran Colombia, Shakira Isabel Mebarak Ripoll yang turut menetap di bandar Catalonia itu.

Pentadbir akaun sosial tersebut melaporkan, pasangan diraja berkenaan sebenarnya menerima jemputan untuk datang ke rumah Shakira daripada teman lelaki kepada artis popular itu sendiri, Gerard Piqué Bernabéu.

Beliau yang berusia 31 tahun itu merupakan salah seorang kesebelasan pemain utama skuad Barca dan pasukan kebangsaan Sepanyol sendiri sejak tahun 2002 selain pernah bermain untuk Manchester United di England.

Johor Southern Tigers turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail juga menerima jemputan khas daripada kelab gergasi Sepanyol berkenaan untuk menyaksikan sendiri mereka menjalani latihan pusat di Camp Nou.

Arena tersebut yang dibuka pada 1957 itu merupakan stadium bola sepak paling besar di Sepanyol dan benua Eropah serta rekod kedua terbesar di dunia dengan kapasiti hampir 100,000 tempat duduk.

Pada kesempatan itu, TMJ bertemu dengan beberapa bintang bola sepak antarabangsa yang kini bermain untuk Barcelona antaranya ialah pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali, Lionel Messi dari Argentina.

Turut ditemui baginda ialah pemain penyerang handalan dari Uruguay, Luis Suarez yang dilantik Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia sebagai duta khas promosi di peringkat antarabangsa sejak tahun lalu.

Tidak ketinggalan ditemui mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu pada Selasa ialah dua bintang terkenal Sepanyol, Andres Iniesta dan Sergio Busquets, selain Marc-Andre ter Stegen dari Jerman.

Namun, Tunku Ismail kekal sebagai Pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang dijenamakan semula dan cuma fokus kepada pengurusan perlawanan Liga Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: TMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd