• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkatkan Usaha Perluas Pasaran Minyak Sawit

oleh Ahmad Albab
02/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi giat menjalankan aktiviti promosi dan pengembangan pasaran di dalam dan luar negara melalui penyertaan dalam pameran, ekspo perdagangan dan misi teknikal bagi meningkatkan tahap kesedaran tentang kebaikan produk minyak sawit Malaysia.

Timbalan Menterinya Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata kementerian juga berusaha meningkatkan akses pasaran di negara-negara pengimport melalui penyertaan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan rundingan pelbagai hala atau serantau.

“Bagi memastikan sektor sawit terus berdaya saing di pasaran minyak antarabangsa, aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit dan penghasilan produk hiliran bernilai tambah tinggi bagi pasaran eksport turut dipergiatkan,” katanya menjawab soalan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya penggiat industri minyak sawit negara turut digalakkan meneroka dan meluaskan perniagaan ke pasaran yang disifatkan sebagai ‘niche market’ (pasaran khusus) untuk mendapatkan nilai pasaran yang tinggi.

“Pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) akan dijadikan mandatori pada Disember 2019 dan ia adalah satu langkah ke arah mewujudkan sistem kemampanan yang diterima secara global dan menjenamakan minyak sawit Malaysia agar diterima sebagai pilihan utama pengguna,” katanya.

MSPO adalah penting untuk membolehkan industri minyak sawit Malaysia dikenali sebagai perusahaan yang mesra alam selain bertujuan memperluas eksport ke pasaran-pasaran tegar di Eropah. – BERNAMA

Tags: Kerajaanminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd