• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Unsur Sabotaj Jet Mewah Mahathir – CAAM

oleh
29/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAKWAAN jahat konon jet mewah bakal dinaiki tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad disabotaj pihak tertentu mencetuskan tanda tanya Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pengerusinya, Datuk Seri Azharuddin A. Rahman menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa siasatan CAAM mendapati tiada unsur sabotaj ditemui pada pesawat Bombardier Challenger CL60 yang dikatakan tersebut.

Justeru CAAM menyifatkan tohmahan Mahathir yang tular semalam konon jet peribadi dengan plat pendaftaran 9H-VFD di Malta dan dikendalikan oleh syarikat Vista Jet Limited itu disabotaj sebagai satu tuduhan sangat serius.

“Hasil penyiasatan kami, CAAM mendapati tidak terdapat sebarang petunjuk tentang sabotaj. Pesawat itu tidak dapat terbang hanya kerana kesalahan teknikal kecil dan rutin, iaitu kebocoran udara dari lubang roda sebelah kiri.

“Tuduhan sabotaj ke atas jet tersebut adalah sangat serius dan boleh memberi kesan kepada reputasi penerbangan Malaysia dan imej negara secara keseluruhannya, terutama dalam tempoh pilihan raya umum yang agak sensitif.

“Maka adalah salah dari segi moral untuk buat tuduhan liar dan palsu semacam itu demi kepentingan politik,” jelas Azharuddin merujuk insiden konon Mahathir terlambat berlepas dari Subang ke Langkawi semalam ekoran kes itu.

Baca: Drama Simpati Mahathir Konon Jet Dirosakkan BN

Juga: Jurutera Dedah Isu Tayar Jet Kempis Konon Disabotaj

Beliau menerusi kenyataan tersebut mendedahkan CAAM sebenarnya telah segera menjalankan siasatan terhadap pesawat persendirian yang sepatutnya dinaiki oleh Mahathir itu kerana tuduhan sabotaj diluahkan amat serius.

Siasatan secara teliti dijalankan hari ini, termasuk pengesahan dokumentasi pesawat, pemeriksaan fizikal serta wawancara dengan juruterbang dan kakitangan penyelenggaraan jet persendirian digunakan Mahathir tersebut.

“Dokumentasi pesawat mendapati tiada kecacatan dilaporkan kecuali kebocoran udara dari lubang roda sebelah kiri pada 27 April 2018 dan CAAM juga dimaklumkan ada tekanan menyebabkan ia menjadi rendah,” kata Azharuddin.

Petugas kemudian menyelenggara tayar dan buat pemantauan tekanan yang dapati ia memang jatuh 2 psi per minit. Pihak CAAM mencatatkan dari log teknikal/perjalanan VistaJet, pada halaman nombor 55778 tarikh 27 April.

Rekod catatan itu ujar Azharuddin menyatakan bahawa terdapat kebocoran udara dari lubang tayar kiri. Walau bagaimanapun, penggantian tayar tidak dapat dilaksanakan kerana secara kebetulan tidak ada alat ganti sesuai.

“CAAM juga melakukan pemeriksaan lubang pada roda kiri yang dipadankan dan disahkan laporan kakitangan penyelenggaraan pesawat,” kata beliau sekali gus mengesahkan tiada elemen sabotaj. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: CAAMDatuk Seri Azharuddin Abdul RahmanMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sokongan Buat Bung, Zizie ‘Berkampung’ Di Sabah

Next Post

Taknak Terus Kecoh, Ismail Padam Foto Salah ‘Parking’

Related Posts

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

01/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang orang ramai menerbangkan dron di sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas...

Siasatan Pesawat Terhempas Tiada Kotak Hitam Dirujuk CAAM – KPN

Siasatan Pesawat Terhempas Tiada Kotak Hitam Dirujuk CAAM – KPN

14/02/2024
0

IPOH - Siasatan berhubung dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa tidak dilengkapi kotak hitam dan alat...

Next Post

Taknak Terus Kecoh, Ismail Padam Foto Salah 'Parking'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd