• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Mata Untuk Hafizh Syahrin Di Litar Amerika

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Grand Prix Motosikal Amerika tanpa sebarang mata, awal pagi tadi.

Pada perlumbaan di Litar Amerika , Austin, Texas, Hafizh Syahrin gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas di selekoh pertama ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan.

“Saya rasa begitu bertenaga pada permulaan perlumbaan, tetapi mungkin kerana saya membrek dengan agak keras. Bagaimanapun, saya mendapat rentak yang baik dalam perlumbaan ini.

Sejujurnya, saya agak kecewa dengan prestasi saya kali ini. Namun, saya pasti akan bangkit dengan lebih kuat dalam perlumbaan seterusnya, “katanya menerusi laman instagram pasukan @monsteryamahatech3.

Terdahulu, pelumba motor Monster Yamaha Tech 3 itu bermula di petak ke-16 selepas merekod masa 2:5.873s pada sesi kelayakan.

Perlumbaan kali ini dimenangi pelumba Sepanyol, Marc Marquez daripada Repsol Honda Team diikuti Maverick Vinales (Sepanyol) daripada Movistar Yamaha MotoGP dan Andrea Iannanone (Itali) daripada Team SUZUKI ECSTAR, di tempat ketiga.

Setakat tiga perlumbaan MotoGP musim ini, Hafizh Syahrin telah mengumpul sembilan mata dan menduduki tempat ke-13.

Perlumbaan keempat akan berlangsung di Jerez, Sepanyol pada 4 hingga 6 Mei. – BERNAMA

Tags: Hafizh Syahrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MotoGP: Binder Ganti Hafizh Syahrin, Musim Hadapan

11/07/2019
0

PELUMBA dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin dalam pasukan Red Bull KTM Tech 3 dalam saingan...

MotoGP: Litar Kering Pilihan Hafizh Di Sepang

31/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengharapkan keadaan litar yang kering di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd