• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘The Cliff House’ Karya Terbaik AYYIF’18

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Filem animasi ‘The Cliff House‘ dinobat sebagai penerima anugerah ‘Best of The Best‘ pada malam kemuncak Asian Youth Indie Film Festival 2018 (AYIFF’18) Gala Night yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) malam tadi.

Anugerah disampaikan Tunku Temenggong Kedah merangkap Pro Canselor UUM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Filem animasi yang dihasilkan sekumpulan empat pelajar dari Universiti Multimedia iaitu Wong Jin Yao, Tan Lih Haur, Woon Chee Khai dan Kong Wei Cheng itu turut merangkul anugerah bagi kategori Filem Animasi Terbaik.

Sementara itu, kategori Filem Naratif Terbaik dimenangi Koyak Tiket Films Productions dengan karya ‘Falasi’, Dokumentari Terbaik (Universiti Malaysia Sarawak dengan ‘Di Sebalik Orang Hijau’) dan Video Muzik Terbaik dimenangi Kolej Universiti KDU, Pulau Pinang dengan karya bertajuk ‘King’.

Kategori Pesanan Khidmat Masyarakat Terbaik pula dimenangi Universiti Malaysia Perlis yang mempertaruhkan karya ‘Fake Cosmetic‘ dan kategori ‘Promising Young Mind’ khusus untuk pelajar sekolah dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Kelantan dengan karya ‘Jiran‘.

Kesemua pemenang menerima trofi dan sijil penghargaan.

AYIFF’18 yang mengiktiraf bakat dan hasil kerja pelajar serta penggiat seni Indie khususnya dari Asia berlangsung di UUM selama dua hari mulai Isnin dengan 70 penyertaan dari dalam dan luar negara termasuk Filipina, India dan Singapura.

Penganjuran AYIFF’18 kali ketiga itu diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajar dan penggiat seni Indie menerusi filem dan animasi, di samping mencungkil dan mengasah bakat tenaga muda.

Majlis yang dihadiri lebih 5, 000 tetamu itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Mark Adam, Ismail Izzani, Black Hanifah, Jaclyn Victor, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof dan Ramli Sharip.

Turut hadir Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustapha Ishak dan Pro Canselor UUM, Tan Sri Osman Aroff. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: AnugerahUUM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

07/05/2024
0

Universiti Utara Malaysia (UUM) berhujah laporan bedah siasat polis dan siasatan bebas Suruhanjaya Tenaga (ST) tidak menunjukkan bukti pelajar S...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd