• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thai Kumpul Info Lelaki Dikehendaki Polis Malaysia

oleh AK-47
18/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand sedang mengumpul lebih banyak maklumat tentang seorang rakyat negara ini yang dikehendaki polis Malaysia kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (NSC), Jen. Wanlop Raksanor berkata, Thailand belum dimaklumkan Malaysia tentang pembabitan lelaki berusia 37 tahun dari Narathiwat itu dan hanya mengetahui perkara berkenaan melalui laporan media.

“Kami sedang menyiasat perkara ini. Saya hanya mendapat tahu tentang perkara ini melalui laporan berita. Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia belum menyampaikan sebarang maklumat kepada kami (tentang lelaki berkenaan),” kata Wanlop kepada Bernama sebelum menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand juga akan menyiasat sama ada lelaki itu memiliki kerakyatan Thailand dan Malaysia atau sering berkunjung ke Timur Tengah.

Wanlop berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun semalam tentang usaha polis untuk menjejaki tiga rakyat Malaysia dan seorang rakyat Thailand, yang menurut beliau “disifatkan sebagai berbahaya”.

Polis Malaysia mengenal pasti rakyat Thailand itu sebagai Awae Wae-eya dari Cho Airong di Narathiwat.

Tiga rakyat Malaysia yang disebut dalam kenyataan Fuzi semalam ialah Nor Farkhan Mohd Isa, 31, dari Skudai, Johor; Muhamad Hanafi Yah, 51, dan Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.

Empat suspek itu dipercayai merancang untuk menyerang tempat ibadat bukan Islam dan menculik serta membunuh anggota polis.

Menurut Fuzi, enam anggota kumpulan pengganas sama ditangkap Polis Cawangan Khas di Johor antara 27 Februari dan 1 Mac.

Di sebalik konflik berlarutan di selatan Thailand yang meragut 7,000 nyawa sejak 2004, Bangkok berulang kali menyatakan negara ini bebas daripada sebarang ancaman melibatkan Daesh dan tiada seorang pun ditangkap kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas itu. – BERNAMA

Tags: DaeshJen Wanlop Raksanor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Sekeluarga Nyaris Maut Rumah Dihempap Pokok

Next Post

Lelaki Maut Kenderaan Pacuan 4 Roda Rempuh Lori

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Lelaki Maut Kenderaan Pacuan 4 Roda Rempuh Lori

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd