• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TFC I Lonjak Ke Tangga Kedua Liga Super

oleh AK-47
14/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Terengganu FC I (TFC I) naik tiga anak tangga ke kedudukan kedua Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Melaka pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Kemenangan ketiga itu menyaksikan skuad Penyu mengutip sembilan mata selepas mengharungi enam perlawanan setakat ini.

Pada aksi berkenaan, tiga gol pasukan pelawat dijaringkan dua pemain import, Kipre Brice Hermann Tchetche pada minit ke-27 dan ke-73, selain gol daripada Lee Andrew Tuck pada minit ke-79.

Juara Piala FA, Kedah pula naik dua anak tangga ke kedudukan kelima liga setelah berpesta gol menundukkan Selangor 4-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Empat gol skuad Lang Merah dijaringkan Mohd Syazwan Zainon pada minit keempat, Sandro Da Silva (minit ke-45 dan ke-65) serta gol daripada Muhammad Akram Mahinan pada minit ke-83.

Dalam pada itu, kelab Felcra FC meraih tiga mata berharga di laman sendiri setelah menewaskan pasukan tangga tercorot, Pulau Pinang 3-1 pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Shah Alam, malam ini.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad ‘The Rivals’ naik tiga anak tangga ke kedudukan kedua Liga Premier dengan pungutan 13 mata setelah beraksi tujuh perlawanan setakat ini.

Pada aksi berkenaan, pasukan tuan rumah selesa mendahului 3-0 hasil jaringan Anselmo Arruda da Silva pada minit ke-47 dan ke-71 serta gol daripada David Laly pada minit ke-84 sebelum Ken Ilso Larsen mengurangkan defisit untuk gol pasukan pelawat pada penghujung perlawanan. – BERNAMA

Tags: Pasukan Terengganu FC I (TFC I)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd