• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetap Bertanding Di Segamat – Dr Subramaniam

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengulangi pendirian untuk mempertahankan kerusi Parlimen Segamat untuk penggal keempat walaupun mengakui bakal berdepan dengan cabaran getir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Meskipun, bebas untuk memilih tempat bertanding yang lebih selamat namun beliau memilih untuk terus kekal bertanding di kerusi tersebut bagi meneruskan kesinambungan pembangunan daerah berkenaan.

“Saya tidak akan tinggalkan kawasan ini (Segamat) semata-mata untuk mendapat kemenangan mudah di tempat lain kerana saya mempunyai tanggungjawab besar untuk orang di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama persatuan-persatuan Tai Chi Parlimen Segamat, di sini hari ini.

Menteri Kesihatan itu berkata beliau mahu terus berbakti kepada penduduk Segamat dan mempunyai agenda pembangunan termasuk menyediakan pelan tindakan lima tahun bagi daerah itu yang akan dilancarkan minggu depan.

“Harapan saya agar orang Segamat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menterjemahkannya menerusi undian pada PRU14,” katanya.

Beliau yakin akan mendapat sokongan masyarakat setempat termasuk pengundi Cina berdasarkan sambutan yang diterimanya selama ini.

Pada PRU13, Dr Subramanian menewaskan calon PKR dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dengan majoriti 1,217 undi.

PRU14 akan diadakan pada 9 Mei ini.

Parlimen Segamat mempunyai jumlah pengundi 53,747 dengan pengundi Melayu berjumlah 24,329, Cina 23.662 dan India 5,459. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd