• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Awal ‘Menghantar Anak Ke Masjid…’

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Dibalut dan diletakkan di atas sejadah, ditinggalkan di pintu pagar sebuah masjid dalam kedinginan cuaca subuh, demikian berlaku pada seorang bayi perempuan dipercayai ditinggalkan ibunya… Namun agak terlalu awal bagi si ibu ‘menghantar anak ke masjid’.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus yang menceritakan kejadian itu berkata bayi berkenaan ditemui seorang peniaga nasi lemak di perkarangan Masjid Kampung Checkpoint, Batu 38, Jalan Apas Balung dekat sini, pada awal pagi ini.

“Pada pukul 7.30 pagi wanita itu yang hendak mulakan perniagaan nasi lemak di hadapan masjid ternampak bungkusan kain tuala dan terlihat seorang bayi perempuan diletakkan atas sejadah.

“Wanita itu kemudian membuat panggilan ke Balai Polis Bandar Sri Indah dan bayi itu dihantar ke Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata, pemeriksaan awal oleh Pegawai Perubatan di Hospital Tawau Dr. Nik Kasyfun mengesahkan bayi itu ketika ditemukan masih bertali pusat dan dilahirkan tidak sampai tempoh 24 jam dan berat bayi 2.75 kilogram serta tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Fadil berkata pihak hospital akan memantau keadaan dan memberikan rawatan susulan terhadap bayi tersebut. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd