• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Harumanis Elak Menjadi Mangsa Peniaga

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Jabatan Pertanian Perlis menasihatkan orang ramai supaya lebih teliti ketika membeli mempelam harumanis supaya tidak menjadi mangsa peniaga tidak bertanggungjawab.

Pengarahnya, Zulkefli Amin Mat Jusoh @ Yusof berkata oleh kerana mempelam tersebut mendapat permintaan tinggi sudah pasti segelintir peniaga mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan besar dengan menjual harumanis ‘tipu’ atau buah yang tidak elok atau cukup matang.

“Harumanis yang menjadi ikon produk Perlis berharga RM40 hingga RM45 sekilogram pada masa kini berbanding mempelam biasa antara RM5 hingga RM10 sekilogram.

“Cara mudah untuk mengenali mempelam yang hendak dibeli adalah harumanis sebenar ialah baunya wangi. Kalau tidak harum, jangan beli,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menjalankan operasi memeriksa gerai menjual mempelam bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pejabat Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis di sepanjang Jalan Kuala Perlis-Changlun.

Operasi itu dijalankan berikutan penularan dalam laman sosial Facebook mengenai seorang pembeli mendakwa tertipu kerana mempelam harumanis yang berharga RM45 sekilogram yang dibelinya daripada peniaga tidak berkualiti seperti dihebohkan.

Zulkefli menasihatkan para peniaga menjaga nama baik Perlis dan bertanggungjawab dengan hanya menjual buah yang cukup matang kepada pembeli.

Sehubungan itu, beliau mempelawa para peniaga dan pengusaha harumanis mengunjungi pejabat Jabatan Pertanian untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu mereka di samping kaedah terbaik untuk menjana pendapatan bagi menggalakkan perkembangan industri mempelam tersebut. – BERNAMA

Tags: harumanis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Hari Tu Campak Kerusi, Sekarang TV Pulak?”

Next Post

60% Disenarai Hitam Bayar Balik Pinjaman PTPTN

Related Posts

Pemilik Kebun Harumanis, Ini Pesanan Mufti Perlis

12/07/2019
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di negeri ini supaya tidak...

Harumanis Dicadang Menu Wajib Majlis Kerajaan

22/02/2019
0

KANGAR - Menteri Pertanian dan Industri Asas, Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis...

Next Post

60% Disenarai Hitam Bayar Balik Pinjaman PTPTN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd