• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sengaja Wanita Tembak Rakan Ketika FB Live

oleh
16/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERGURAU tidak bertempat, seorang wanita, Cassandra Damper ditahan oleh pihak polis kerana menembak rakannya dengan sepucuk pistol ketika mereka melakukan siaran langsung Facebook.

Insiden pada malam 31 Mac lalu, menyebabkan seorang lelaki, Devyn Holmes berusia 26 tahun, dilaporkan telah ditembak oleh Damper pada jarak dekat di stesen minyak Volero dekat Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Video berkenaan telah tular apabila ia turut merakamkan detik terakhir sebelum Holmes ditembak secara tidak sengaja di kepalanya yang disaksikan oleh seorang rakannya, Cadillac Coleman di tempat duduk belakang.

“Awak buat saya takut,” kata Holmes sebelum dia ditembak wanita berusia 25 tahun itu.

Pada mulanya, dia hanya berniat untuk membelek pistol itu sahaja tetapi tanpa sengaja, satu tembakan telah dilepaskan tepat pada kepala Holmes dan mangsa segera dibawa ke Hospital Ben Taub untuk rawatan lanjut.

“Insiden itu kelihatan seperti kanak-kanak bermain dengan senjata api,” kata Detektif John Roberts.

Bagaimanapun, Damper dan Coleman telah berjaya ditahan polis bagi siasatan lanjut kerana suspek telah cuba untuk memusnahkan bukti dengan membersihkan kotoran darah di dalam kereta yang dinaiki ketika kejadian.

Malah, kes berkenaan turut dirujuk kepada juri besar yang mana tuduhan tambahan turut boleh difailkan.

Kini, mangsa masih bergantung hidup dengan mesin sokongan nyawa kerana keadaannya masih lagi kritikal.

Demi menyelamatkan diri, Damper berdalih dengan memberitahu pihak polis bahawa dia langsung tidak menyangka bahawa pistol berkenaan mempunyai peluru di dalamnya.

Dalam masa yang sama, Coleman tidak dikenakan sebarang tindakan kerana dia juga tidak menyangka perkara begitu akan berlaku. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizentembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

24/07/2025
0

KOTA BHARU: "Kami sentiasa rindukan mummy sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berdoa supaya orang yang membunuh mummy ditahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd