• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Pasti Zulfarhan Muntah Sebab Alahan Ubat

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pegawai perubatan yang merawat Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai akibat didera rakan seuniversitinya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pasti adakah mangsa mengalami alahan pada ubat-ubatan ekoran muntah-muntah ketika datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan kali kedua, sehari sebelum mangsa meninggal dunia.

Pegawai Perubatan Klinik As-Salam Bandar Baru Bangi, Dr Azfar Hussin, 34, berkata beliau ada membekalkan dua jenis antibiotik dan dua suntikan kepada Zulfarhan Osman ketika mangsa datang ke kliniknya untuk menerima rawatan pada 27 Mei dan 31 Mei 2017.

“Pada 27 Mei, Zulfarhan diberikan antibiotik jenis ‘Augmentin’ dan satu suntikan mengandungi dua ubatan iaitu ‘Voltaren Ampoule’ dan ‘Maxolon’, manakala ketika rawatan kali kedua pada 31 Mei, beliau diberikan suntikan sama dan antibiotik jenis ‘Zinnat’,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Zamri Idrus pada hari keempat perbicaraan kes membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman hari ini.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata, pada 1 Jun 2017, rakan Zulfarhan Osman ada menghubungi klinik tersebut dan memberitahu mangsa mengalami muntah-muntah dan buang air besar namun ketika ditanya Zamri adakah perkara berkenaan tanda mangsa mengalami alahan kepada ubat, Dr Azfar menjawab dia tidak pasti.

Dr Azfar yang merupakan pemilik klinik itu berkata sebelum memberikan ubat dan suntikan tersebut beliau terlebih dahulu bertanya pada Zulfarhan Osman sama ada mangsa alah pada ubat-ubatan tertentu, namun tidak membuat catatan mengenainya dalam rekod rawatan.

Terdahulu mahkamah ditayangkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di klinik tersebut yang menunjukkan Zulfarhan Osman dibawa empat rakannya ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan kali pertama antara 12 tengah hari dan 1 tengah hari, 27 Mei 2017, lima hari sebelum Zulfarhan Osman meninggal dunia pada 1 Jun 2017.

Kepada cadangan peguam Amer Hamzah Arshad, saksi itu bersetuju bahawa rakaman CCTV itu menunjukkan Zulfarhan Osman dalam keadaan sedar, mampu berjalan sendiri dan masuk ke bilik rawatan tanpa bantuan.

Dr Azfar juga bersetuju bahawa mangsa bukan dalam keadaan kritikal dan mampu membuat keputusan sendiri termasuk keputusan untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Beliau turut mengakui cadangan Amer Hamzah bahawa sebagai seorang pegawai perubatan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memaksa seseorang pesakit menerima rawatan apatah lagi jika pesakit itu dalam keadaan stabil dan sedarkan diri dan keengganan pesakit mendapatkan rawatan susulan adalah kecuaian di pihak pesakit itu sendiri.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. — BERNAMA

Tags: Zulfarhan Osman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar UPNM Bersalah Kes Bunuh Zulfarhan

02/11/2021
0

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan...

Bunuh Zulfarhan: Nasib 18 Penuntut UPNM Diketahui Esok

02/11/2021
0

18 penuntut universiti yang gagal menahan marah dan walaupun terpelajar serta bijak, percaya cakap seorang bomoh. Bertindak menyiksa mangsa termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd