• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Bawa Kisah Cinta Luar Set, Syafiq Masih Single!

oleh
20/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA BAIK… Gadis muda yang meminati pelakon berwajah jambu, Syafiq Kyle kini boleh menarik nafas lega apabila dia sendiri mengakui bahawa hatinya masih belum dimiliki oleh sesiapa.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd. Syafiq Syamim Abdul Razak memberitahu media semasa ditemui di Royale Chulan Kuala Lumpur ketika majlis pelancaran produk terbaharunya iaitu mask muka di bawah jenamanya sendiri, Kylez Lab.

Kenyatannya semalam sekali gus menjawab tanda tanya tentang hubungan mesranya bersama dengan heroin drama Mencintaimu Mr Photographer, Hanna Delisha selepas mereka digandingkan bersama sekitar tahun lalu.

“Saya dan Hanna memang bercinta… Tapi sekadar bercinta di lokasi penggambaran sahaja untuk menghayati watak.

“Di luar, kami berkawan seperti biasa dan watak itu tidak terbawa-bawa ke luar lokasi. Sama juga seperti saya dan pelakon Zahirah Macwilson,” katanya ketika sidang media semalam.

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, perasaan cinta antaranya dengan Hanna sekadar di dalam lakonan sahaja dan ia tidak bermaksud mereka bercinta ketika di luar set seperti selebriti yang lain.

Namun, disebabkan kerjasama baik yang diberikan oleh kedua-dua pihak, mereka senang untuk bekerja bersama serta tidak berasa kekok untuk melakonkan watak yang diberikan.

Malah, Syafiq dan Hanna sendiri sering berkongsi ilmu bersama-sama supaya mereka dapat memperbaiki lagi mutu lakonan masing-masing.

“Saya ni orangnya lebih suka untuk berterus terang. Kalau betul saya dan Hanna atau sesiapa sahaja sedang bercinta, pasti akan diberitahu.

“Perkara soal hati ni lambat laun orang akan tahu juga tapi sekarang saya masih belum terfikir untuk terikat dengan sesiapa,” tambahnya lagi.

Melihat kebanyakan rakan artis lain sudah mendirikan rumah tangga, ia langsung tidak membuatkan anak jati kelahiran ibu kota itu berasa tergugat.

Baginya, dia langsung tidak meletakkan apa-apa sasaran usia bagi mendirikan rumah tangga kerana dia telah menyerahkan semuanya soal jodoh kepada Yang Maha Esa.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Dekatkan Jarak Kita itu turut tidak memilih jika pasangannya ialah daripada golongan selebriti juga ataupun orang biasa sahaja.

SYAFIQ DAN KEDUA IBUBAPANYA KETIKA MAJLIS MALAM TADI BERTEMPAT DI ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR

“Kalau betul jodoh saya dah sampai, esok jugak saya kahwin. Tapi soal jodoh ni semua dah ditentukan oleh Allah. Bila sampai masanya nanti, saya mesti akan kahwin juga.

“Kalau cakap soal ciri-ciri wanita idaman, saya mahukan yang sedap mata memandang dan menyenangkan hati. Itu pun dah cukup bagi saya,” ujarnya.

KOLEKSI BAJU DIBAWAH JENAMA SYAFIQ SENDIRI

Ketika disoal tentang hubungannya dengan bapa Zahirah, iaitu Zainol Macwilson, Syafiq mengakui bahawa mereka ada hubungan yang baik dan dia langsung tidak berasa janggal disebabkan kredibiliti ditunjukkan Zainol sendiri.

Dalam masa yang sama, selain melancarkan produk kecantikan, Syafiq turut telah mengeluarkan koleksi raya di bawah jenamanya sendiri iaitu Kylez By Syafiq Kyle yang sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.

PENAMPILAN KHAS OLEH PENYANYI HAEL HUSAINI

Selain itu, penyanyi Hael Husaini turut memberi kejutan kepada tetamu yang hadir dengan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Jampi dan Haram. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: NetizenSyafiq Kyle
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tular Berita Palsu Konon Wang Tunai Dalam Kereta BN

Next Post

Pengurus Jadi Mangsa, Che Ta Amuk ‘Serang’ Kak Zai

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Pengurus Jadi Mangsa, Che Ta Amuk 'Serang' Kak Zai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd