• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syamsul Debat Ada Aura Tarik Pengundi

oleh AK-47
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Nama mukim Sikamat sudah mula dikenali di seluruh negara berikutan penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih popular dipanggil Syamsul Debat akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua UMNO Cawangan Taman Jujur, Sikamat, Mohd Ecbal Ismail, 51, berkata sekarang ini di seluruh negara bercakap pasal Sikamat sebab Syamsul Debat bertanding pada PRU14.

“Dia (Syamsul Debat) ada aura…dia sudah popular dan orang seluruh negara kenal dia. Setakat ini dia tiada masalah, mana-mana dia pergi berkempen, sambutan cukup menggalakkan. Kalau kita umumkan dia datang untuk berceramah di satu-satu tempat itu, orang mesti datang. Begitulah hebatnya aura Syamsul Debat.

“Penerimaannya bukan sahaja oleh masyarakat Melayu, malah kaum Cina dan India juga suka dengannya. Gaya dan bahasa yang digunakan dengan diselang-seli jenaka ketika dia berceramah amat digemari semua orang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya majoriti masyarakat menerima baik Syamsul Debat di Sikamat sebab dia tidak sombong, mudah didekati, rendah diri dan sangat mesra.

“Inilah ciri-ciri wakil rakyat yang kita kehendaki, bukannya wakil rakyat sedia ada iaitu Aminuddin Harun daripada PKR yang jarang turun padang dan bergaul dengan masyarakat. Saya perhatikan Syamsul Debat ini ada ‘soft touch’ dan skil hubungan dengan orang ramai dan perkara ini bukan dibuat-buat,” kata Mohd Ecbal.

Sementara itu, Pengerusi MIC Cawangan Taman Indah, Sikamat, S. Vasanthakumaran, 61, berkata DUN Sikamat sudah lama tertinggal kerana dikuasai parti pembangkang selama dua penggal sejak 2008.

“Saya harap kali ini BN dapat merampas kembali kerusi DUN Sikamat ini daripada PKR untuk kita maju ke depan demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Ramai yang inginkan perubahan ini dan kini sudah tiba masanya pengundi menyokong calon BN Syamsul Debat,” katanya.

Seorang lagi penduduk Taman Jujur, Mohd Hafiz Bazid, 37, pula berkata Sikamat mempunyai lebih 20 taman perumahan dengan penduduk lebih 30,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas.

Beliau yang juga Setiausaha Surau Taman Jujur berharap sebuah pusat kegiatan warga emas dapat diwujudkan di Sikamat. – BERNAMA

Tags: Syamsul Debat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syamsul Debat Nafi Politik Jejas Reputasi Penceramah

25/06/2018
0

TANGGAPAN bahawa arena politik hanya membunuh kerjaya sebagai penceramah dinafikan oleh penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali Syamsul...

Boleh Tapi Tak Mahu Watak Kontroversi – Syamsul

25/06/2018
0

BERMULA sebagai personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Debat kini sedang diintai oleh ramai pengarah tempatan selepas kemunculannya dalam filem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd