• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Tak Memihak Sebarang Parti Politik

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menegaskan baginda dan Istana Selangor sentiasa berkecuali serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini.

Sultan Shafaruddin yang merujuk pada senario semasa menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 bulan depan, turut menegaskan baginda tidak ada kaitan dengan apa juga bentuk persaingan politik serta tidak mencampuri urusan politik sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

“Beta juga menegaskan bahawa kedudukan beta sebagai seorang raja adalah mengatasi politik dan tidak seharusnya dilihat menyokong mana-mana parti politik.

“Beta sentiasa percaya dan menghormati kuasa rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mewakili mereka, selaras dengan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia ketika ini,” titah baginda dalam perutusan khas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulitnya, Datuk Mohamad Munir Bani di sini.

Baginda dalam pada itu mengingatkan rakyat terutamanya di Selangor agar tidak cuba menimbulkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan dan kekacauan ketika musim pilihan raya umum.

“Beta berharap agar PRU14 ini dapat dijalankan dengan lancar serta dalam keadaan aman tanpa sebarang kekecohan dan huru-hara dalam kalangan rakyat,” titah baginda.

PRU14 akan berlangsung pada 9 Mei ini dengan penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal 5 Mei. – BERNAMA

Tags: parti politikSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd