Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Hasrat Penumpang Bawa Bakso...

Sekurang-kurangnya 100 bungkus bakso ikan dan pelbagai makanan ringan khas dari Kota Malang...

Promosi Secara Digital Untuk...

KUALA KANGSAR - Kerajaan Negeri akan menggunakan platform digital bagi mempromosi hala tuju...

Isu BNM Forex: Nor...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini...

Video: Wanita Kejam Pijak,...

TIDAK tahu apa lagi yang hendak dikata apabila melihatkan kekejaman wanita ini yang...

Sufian Suhaimi Tidak Kisah Dilabel ‘Raja Lagu Sedih’

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui langsung tidak kisah apabila dilabel sebagai ‘raja lagu sedih’ sekiranya karya dendanganya mendapat perhatian ramai.

Pemuda kelahiran Johor itu berkata lagu-lagu bergenre balada yang mendayu-dayu sememangnya selalu mendapat tempat di hati para pendengar.

“Sebenarnya, lagu sebegini sudah diminati pendengar muzik sejak era 1980-an lagi. Saya sendiri tidak kisah jika orang hendak melabelkan saya sebagai ‘raja lagu sedih’ sebab karya sebegitu yang mendapat tempat di hati mereka.

“Malah, sebelum video muzik Di Matamu dilancarkan lagi, ramai yang sudah menyanyikannya semula sebagai lagu ‘cover’.

“Ia bukan saja dilakukan oleh peminat, bahkan dalam kalangan artis juga. Ia bermakna, lagu ini mendapat tempat dan diterima ramai,” katanya dipetik BH Online.

Pun begitu, Sufian memberitahu dia seboleh-bolehnya cuba untuk mengembalikan lagu berkonsepkan cinta, seperti single sebelum ini yang bertajuk Terasa Ada.

“Saya juga merasakan sudah sampai masanya untuk saya tampilkan karya bagi meraikan cinta secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada hubungan percintaan.

“Begitupun, mungkin kisah putus cinta dekat dengan masyarakat kita, justeru ia membantu lagu mendayu nyanyian saya mendapat perhatian.

“Saya sendiri tidak kisah andainya orang ramai ingin menjadikan lagu nyanyian saya sebagai pengubat duka lara mereka,” ujar Sufian.


Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut mengenai pelakon, Fathia Latif yang dikatakan merakam versi balasan (reply) lagu Di Matamu, Sufian tidak anggap tindakan wanita itu sebagai satu kesalahan.

Sebaliknya, penyanyi berusia 26 tahun itu hanya menganggap perkara itu sebagai cara pelakon wanita berkenaan berkarya.

“Saya tidak tahu apa motif dia berbuat begitu? Kalau itulah cara dia hendak berkarya, saya harus beri pujian. Selagi lagu itu tidak menyentuh sensitiviti dan hal peribadi saya, ia tidak jadi kesalahan.

“Ia cara dirinya menghasilkan lagu ‘cover‘ dan dalam masa sama turut mempromosikan Di Matamu,” jelasnya.

Di Matamu meletuskan fenomena luar biasa apabila purata tontonan muzik video lagu tersebut kini sudah mencecah 7 juta dalam masa seminggu.

Ternyata kekuatan lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa daripada netizen malah turut menerima perhatian selebriti tempatan.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori