Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Bapa Bimbang Anak Gadis...

ALOR SETAR - Bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang hilang selepas keluar dari...

MAHB Tingkatkan Keselamatan Di...

MARUDI (Sarawak) - Tahap keselamatan di lapangan terbang akan dipertingkatkan, termasuk menerusi penambahan...

Umat Islam Kembali Solat...

BAITULMAQDIS/RAMALLAH – Ulama Islam di Baitulmaqdis pada Khamis mengumumkan umat Islam kini dibenarkan...

Sekolah Perlu Sedia Pelitup...

KUALA LUMPUR - Sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan perlindungan diri seperti pelitup separuh muka...

Standard Minimum Pembayaran Mudah Alih

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan standard minimum untuk pembayaran mudah alih pada bulan-bulan akan datang untuk meningkatkan perlindungan pengguna.

Gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, penyedia pembayaran mudah alih dikehendaki menyatakan ciri-ciri keselamatan utama perkhidmatan mereka, seperti perlindungan dalam aplikasi terhadap perisian hasad dan perlindungan terhadap transaksi yang tidak sah.

“Ini akan memudahkan pengguna untuk membandingkan antara pembekal yang berbeza, dengan itu mempromosikan pemerkasaan pengguna dalam membuat keputusan yang lebih bijak,” katanya dalam ucaptama pada Anugerah Kecemerlangan E-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata, meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap petua keselamatan asas adalah yang paling utama sebagai perlindungan daripada penipuan pembayaran, memandangkan mangsa penipuan biasanya ditipu untuk mendedahkan maklumat sulit yang kemudian diguna untuk melakukan penipuan.

Selain itu, beliau berkata, institusi kewangan juga mesti mengkaji semula dan mengukur keberkesanan inisiatif pendidikan pengguna.


“BNM akan terus bekerjasama dengan industri dalam bidang pendidikan awam dan kesedaran. Kami juga akan bekerjasama dengan penggiat bank dan bukan bank untuk membangunkan mesej promosi umum yang menyediakan “apa yang boleh dan tidak boleh” untuk transaksi e-pembayaran.

“Ini akan memastikan strategi komunikasi yang lebih kohesif untuk menguatkan kesannya kepada orang ramai,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori