• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Terima Pemakluman Rasmi 4 DUN Bubar

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada empat negeri – Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN masing-masing.

“Pemakluman rasmi daripada negeri-negeri lain masih belum diterima walaupun ada pembubaran di beberapa negeri yang telah dilaporkan oleh media namun kami tidak menerima secara rasmi daripada Speaker DUN Negeri masing-masing,” katanya.

Bercakap pada sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini, Mohd Hashim berkata SPR akan menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRU selepas menerima semua pemakluman tersebut.

“Ini termasuklah tarikh Writ dan Notis Pilihan Raya, tarikh penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya,” katanya.

Mohd Hashim berkata SPR semalam telah menerima sesalinan pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong serta surat pemakluman rasmi yang sama daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa pada hari ini.

Beliau berkata mesyuarat khas SPR berkaitan urusan PRU14 akan diadakan di Menara SPR, Putrajaya namun tarikhnya belum ditentukan lagi sehingga pihaknya menerima semua pemakluman rasmi daripada Speaker DUN negeri masing-masing.

Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata statistik terkini SPR bagi pemilih berdaftar adalah seramai 14,940,627 dan mempunyai 8,898 pusat mengundi serta saluran mengundi sebanyak 28,995.

Bagi pengundi pos luar negara yang memohon melalui borang 1B, Mohd Hashim berkata SPR menerima sebanyak 4,916 permohonan dengan lima negara terbanyak ialah United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Taiwan dan China.

“Permohonan undi pos luar negara akan ditutup pada hari ini jam 11.59 malam waktu Malaysia dan semua permohonan selepas hari ini tidak akan diproses lagi,” katanya.

Bagi undi pos dalam negara pula, kategori permohonan menggunakan borang 1C adalah sebanyak 39,775 dan jumlah keseluruhan pengundi pos akan diketahui setelah permohonan ditutup bagi kesemua kategori permohonan iaitu pada hari penamaan calon.

Ditanya mengapa rakyat Malaysia di Singapura tidak layak untuk mengundi pos, Mohd Hashim berkata bukan hanya Singapura tetapi rakyat Malaysia di Kalimantan, Indonesia dan selatan Thailand juga tidak layak untuk menjadi pengundi pos kerana faktor jarak yang dekat dengan Malaysia.

Mengenai simulasi yang dijalankan hari ini, Mohd Hashim berkata simulasi tersebut dijalankan serentak di seluruh negara melibatkan semua bilik gerakan di Pejabat Pilihan Raya Negeri.

“Semasa pengujian tadi, semua sistem telah berfungsi dengan baik dan proses penerimaan serta penghantaran maklumat PRU14 berjalan lancar.

“Dari segi persiapan lain, semuanya dalam 100 peratus bersedia termasuk logistik, peralatan dan petugas,” katanya.

Mohd Hashim berkata PRU14 akan dikendalikan lebih 250,00 petugas pilihan raya yang terdiri daripada orang awam dilantik dan dijangka turut dibantu lebih 200,000 ejen calon atau parti yang bertanding. – BERNAMA

Tags: Bubar DunSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Tegaskan Masih Menteri Besar Negeri Sembilan, Tiada Keperluan Bubar DUN

Aminuddin Tegaskan Masih Menteri Besar Negeri Sembilan, Tiada Keperluan Bubar DUN

27/04/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan akan meneruskan tugas dan tanggungjawab seperti biasa. Menurut Aminuddin,...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd