• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Nafi Nama Mendiang Lelaki Dimasuk Semula

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa nama seorang lelaki yang telah meninggal dunia yang pernah dikeluarkan daripada daftar pemilih, telah dimasukkan semula menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR telah membuat semakan segera terhadap maklumat yang tular di media sosial berhubung nama mendiang MM Narayanan Nair T. Narayanan Nair yang meninggal dunia pada 2003.

“SPR mendapati nama pemilih tersebut tidak pernah dipotong dan namanya kekal dalam senarai daftar pemilih sejak ia didaftarkan pada 1994.

“Sehubungan itu, dakwaan pihak berkenaan mengenai nama mendiang pernah dikeluarkan dan dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih menjelang PRU14 adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Hashim berkata demikian susulan kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini berkaitan isu penularan maklumat mendiang MM Narayanan Nair yang masih tersenarai dalam daftar pemilih PRU14.

JPN berkata pihaknya telah menghubungi keluarga mendiang bagi menjelaskan kekeliruan tersebut dan ia difahami serta diterima baik oleh mereka.

Menurut Mohd Hashim, SPR akan mengambil tindakan segera memotong nama pemilih berkenaan dalam daftar pemilih PRU14.

“SPR menegaskan bahawa ia tidak boleh sewenang-wenangnya memotong nama seseorang pemilih tanpa pengesahan kematian oleh JPN,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd