• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Nafi Enggan Bincang Isu Logo Parti

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang kononnya badan itu enggan bertemu dengan mereka bagi membincangkan tentang penggunaan logo dan simbol parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana terlalu sibuk.

SPR dalam kenyataan hari ini menjelaskan, pejabat penasihat undang-undang suruhanjaya itu telah menerima surat secara serahan tangan oleh wakil pihak berkenaan pada Khamis lepas dan bercadang untuk mengadakan pertemuaan pada pukul 10 pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya pada hari yang sama, maklum balas segera telah diberikan pejabat tersebut bagi menjelaskan tarikh yang dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

“Dalam maklum balas tersebut juga pihak pejabat penasihat undang-undang turut memaklumkan bahawa perkara-perkara yang ingin dibincangkan itu sedang dalam proses untuk dimuktamadkan oleh SPR dan akan dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya parti-parti politik dalam masa terdekat dan berharap pihak terbabit menunggu pemakluman rasmi oleh SPR,” katanya.

Menjelas lanjut, SPR berkata pendekatan rasional itu diambil kerana pejabat penasihat undang-undang berpendapat isu yang ditimbulkan oleh parti berkenaan juga melibatkan parti-parti lain.

SPR berkata atas dasar untuk memberi penerangan dan penjelasan yang tidak hanya tertumpu kepada parti tersebut sahaja, adalah wajar makluman dan hebahan secara rasmi dikeluarkan oleh SPR dan bukan oleh pejabat penasihat undang-undang.

“Dalam menilai keseluruhan isu-isu yang timbul adalah wajar pihak-pihak terbabit memberi ruang kepada SPR untuk mencapai satu keputusan yang tepat dan terbaik demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir dilaporkan mendakwa SPR enggan bertemu dengan gabungan pembangkang itu bagi menjelaskan berkaitan penggunaan logo dan simbol PKR pada PRU14.

Menurut Dr. Mahathir surat balas SPR kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyatakan bahawa suruhanjaya itu terpaksa menolak permintaan untuk mengadakan satu perjumpaan kerana mereka sibuk dengan beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan. – BERNAMA

Tags: logoSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd