• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Terengganu Serah Notis Bubar DUN

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong hari ini menyerahkan watikah pembubaran DUN Terengganu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Terengganu.

Mohd Zubir menyerahkan watikah itu kepada Pengarah SPR negeri, Nik Andy Suwardy Amry di Wisma Darul Iman di sini, pada 12 tengah hari ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menerusi satu kenyataan, Mohd Zubir berkata pembubaran tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 44 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, dan mulai hari ini kerajaan sementara akan mengambil tanggungjawab sehinggalah kerajaan baharu dilantik selepas pilihan raya.

“Setelah DUN dibubarkan, mengikut perkara 44(4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, hendaklah diadakan pilihan raya umum dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran DUN,” katanya.

Selain itu DUN yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh tidak lewat daripada 90 hari daripada tarikh pembubaran (hari ini).

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10.17 pagi tadi.

Kemudiannya watikah tersebut diserahkan kepada Mohd Zubir dalam satu majlis ringkas dengan turut dihadiri Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan masing-masing empat disandang BN dan PAS. BN menang 17 daripada 32 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu). – BERNAMA

Tags: SPRTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd