• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Pengganas: Hukuman Penjara 10 Tahun Kekal

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjaga zoo yang mengaku bersalah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dan memiliki item berkaitan pengganas, dua tahun lalu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Wira Mohtarudin Baki menolak rayuan Mohd Shahrullizam Ramli, 32, terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi selepas mendapati rayuannya tidak mempunyai merit.

“Rayuan ditolak, hukuman Mahkamah Tinggi dikekalkan,” kata Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Pada 15 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dan penjara tiga tahun untuk pertuduhan memiliki item berkaitan pengganas terhadap Mohd Shahrullizam dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 19 Julai 2016.

Terdahulu Mohd Shahrullizam yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman 10 tahun itu dikurangkan kepada enam atau tujuh tahun atas alasan dia tidak menyalurkan dana dan ideologi berhubung pengganas serta tidak berbaiah.

“Saya berada dalam perbualan aplikasi Telegram itu hanya tiga bulan sahaja, sebelum ditangkap. Ramai kawan-kawan saya yang menghadapi tuduhan sama (memberi sokongan kepada kumpulan pengganas) dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atau tujuh tahun,” kata bapa kepada seorang anak itu.

Hakim Mohtarudin bertanyakan kepada Mohd Shahrullizam adakah dia tahu hukuman maksimum bagi kesalahan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas, lelaki itu menjawab “30 tahun”.

“Awak kata 10 tahun itu tinggi. Hukuman itu 1/3 daripada hukuman maksimum. Kesalahan yang awak lakukan ini serius. Jangan bermain dengan api,“ kata Hakim Mohtarudin kepada Mohd Shahrullizam yang hanya berdiam diri.

Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke berhujah bahawa hukuman Mahkamah Tinggi adalah munasabah serta tidak wajar diganggu dan perayu (Mohd Shahrullizam) juga aktif dalam perbualan melalui aplikasi Telegram yang dikenali sebagai kumpulan Gagak Hitam.

Katanya perayu juga ada membuat komen dalam Telegram itu dengan memuji kejadian melibatkan bom.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi Telegram dengan menggunakan nama ‘Sharul’, di alamat 177-B5 Batu 11, Gombak antara 25 Mac hingga 29 Jun 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan itu.

Bagi pertuduhan kedua di tempat sama pada 19 Julai 2016, tertuduh didakwa memiliki item berunsur keganasan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas termasuk pelekat kereta berlogo Daesh, bendera dan lilitan kepala.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item terbabit. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: pengganasPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Motosikal Suspek Bunuh Dr. Fadi Ditemui Polis

Next Post

Laporan Forensik Pensyarah Palestin Milik Polis

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Laporan Forensik Pensyarah Palestin Milik Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd