Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Masa Dah Cukup, Kang...

KUALA LUMPUR - Duta Korea Utara, Kang Chol yang diisytiharkan 'Persona Non Grata'...

Warga Uganda Dipenjara 6...

KUALA LUMPUR - Akibat menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga...

Kontraktor Tampar Lengan Doktor...

KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang...

Tahu Tak Bayaran ‘Scaling’...

SHAH ALAM - "Tahukah anda scaling (buang karang gigi) di klinik kerajaan RM2...

‘Smart Tourism 4.0’ Inisiatif Baru Tarik Pelancong China

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan Malaysia bekerjasama dengan syarikat internet terbesar dunia, Tencent Holdings melancarkan inisiatif, ‘Smart Tourism 4.0’ untuk mewujudkan ekosistem pelancongan digital di Malaysia bagi menarik pelancong China.

Majlis pelancaran ‘Smart Tourism 4.0’ itu telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di Hotel Istana, di sini, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini merupakan satu perkembangan utama yang akan mengubah landskap industri pelancongan negara ini sekaligus membawa ke tahap yang seterusnya.

“Dunia hari ini menjalani apa yang dipanggil revolusi perindustrian keempat yang akan menyaksikan pertumbuhan didorong oleh sejumlah besar pertukaran data dan kemajuan dalam teknologi serta pembangunan.

“Bagi industri pelancongan, ia memberi kesan besar terhadap bagaimana orang mengembara. Oleh itu, industri pelancongan perlu mengubah cara mereka beroperasi atau mereka mungkin hilang peluang,” kata Nazri  kepada media di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

‘Smart Tourism 4.0’ merupakan satu inisiatif yang menunjukkan kejayaan pertama dalam pelan hala tuju pelancongan 10 tahun Malaysia.

Usaha kerjasama Tencent Holding ini menyediakan ekosistem digital kepada Malaysia untuk menjangkau 1.4 billion penduduk China menggunakan kaedah pemasaran ketepatan seperti segmentasi pasaran dan iklan yang disasarkan.

Ekosistem digital merujuk kepada kumpulan perusahaan yang saling bergantung atau dalam erti kata lain perkara yang berkongsi platform digital piawai.

Nazri berkata lagi, dengan jumlah pelancongan luar negara dijangka mencapai 1.8 billion orang menjelang 2030, jadi inilah masanya untuk negara memanfaatkan persekitaran yang berubah-ubah.

“Sebahagian besar jumlah itu adalah pelancong dari China. Malah pada tahun lepas, orang Cina membuat perjalanan sebanyak 130.5 juta di luar negara , yakni melonjak 7 peratus dari 2016, dan membelanjakan AS $ 115.3 billion (RM445.67 billion).


“Mereka menyumbang lebih daripada satu perlima wang yang dibelanjakan oleh pelancong keluar dan dua kali ganda daripada rakyat Amerika,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Tourism Malaysia iaitu Datuk Siew Ka Wei pula berkata, fasa awal inisiatif itu akan merangkumi pengeluaran sebanyak 40 video berdurasi lima minit mengenai penawaran pelancong Malaysia.

Tambah Siew, sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menjelaskan industri pelancongan akan menjadi keutamaan negara dan menggalakkan generasi muda turut sama mengambil bahagian.

“Sekiranya angka itu tidak berubah, pelancongan akan menjadi industri global yang terbesar dan Malaysia mempunyai aset yang terbaik dari segi daya tarikan.

“Anak-anak muda perlu tampil ke hadapan dan mengambil bahagian. Perubahan ini akan memberi kesan kepada mereka,” kata Siew.

Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Siew Ka Wei

Difahamkan juga, inisiatif ini dijangka mampu meningkatkan pendapatan pelancongan negara dari RM96.60 billion kepada RM425.04 billion pada tahun 2030, peningkatan empat kali ganda. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori