• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Malaysia Mampu Jinakkan England

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Stephen Van Huizen yakin pemainnya mampu mencatat keputusan positif berdepan England pada aksi pembukaan Kumpulan B Sukan Komanwel 2018 di Australia, Jumaat ini.

Beliau berkata dua kemenangan dan satu kekalahan yang dicatat pada aksi persahabatan, jelas membuktikan skuad ‘Malaysian Tigers’ sudah bersedia untuk menghadapi temasya sukan berkenaan.

“Perlawanan persahabatan banyak membantu pemain untuk mendapat situasi perlawanan sebenar selain ia juga membantu kami mencuba beberapa perkara baru.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana tiada pemain mengalami kecederaan sepanjang perlawanan persahabatan,” kata Van Huizen yang dipetik menerusi laman sesawang Konfederasi Hoki Malaysia (KHM); www.mhc.org.my.

Untuk rekod, Malaysia menang bergaya, masing-masing 4-2 dan 5-2 ke atas New South Wales Institute of Sports (NSWIS) dalam dua perlawanan persahabatan pada 29 Mac dan 31 Mac.

Skuad negara, bagaimanapun tewas 0-2 kepada skuad kebangsaan Australia pada aksi persahabatan ketiga di Pusat Hoki Gold Coast yang juga merupakan venue rasmi Sukan Komanwel 2018, hari ini.

Selain Malaysia dan England, tiga pasukan lain dalam Kumpulan B ialah juara Asia India, Pakistan dan Wales manakala Australia yang merupakan juara bertahan, mengetuai cabaran Kumpulan A bersama New Zealand, Scotland, Kanada dan Afrika Selatan. – BERNAMA

Tags: Stephen Van Huizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Laluan Mudah Di Jakarta – Van Huizen

09/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Dalam misi meraih pingat emas pertama pada Sukan Asia, skuad hoki lelaki negara tidak akan mengambil mudah...

Tak Terburu-Buru Ganti Kumar, Tunggu Keputusan FIH

19/02/2018
0

PETALING JAYA – Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen tidak mahu terburu-buru membuat keputusan menggantikan penjaga gol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd