Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

5 Polis Ditahan Bantu...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan lima anggotanya semalam bagi membantu siasatan...

Pembangkang Tiada Kredibiliti –...

IPOH – Pakatan pembangkang tidak mempunyai kredibiliti kerana sering meracuni pemikiran rakyat dengan...

PAS Dan UMNO Tak...

KUALA LUMPUR - "Jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi....

Perak Pertama Tempatkan SPRM...

IPOH - Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang menempatkan pegawai integriti Suruhanjaya...

Skuad Gimnastik Remaja Terlepas Pingat Gangsa

KUALA LUMPUR – Skuad gimnastik berirama remaja negara ketinggalan hanya 2.8 mata untuk meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018 yang berlangsung di Axiata Arena di sini, malam ini.

Skuad remaja yang dibarisi Iman Aisha Fakhri Yassin, Iris Hoo, Lok Mei Hui dan Rayna Hoh mengumpul 123.400 mata untuk berada di tempat keempat.

Pingat emas dimenangi Kazakhstan dengan 133.750 mata, diikuti Uzbekistan (133.400) dan Jepun (126.200), masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Dalam saingan kategori senior, Malaysia yang dibarisi Amy Kwan Dict Weng, Izzah Amzan, Koi Sei Yan dan NgJia Wen sekadar di tempat kelima dengan mengumpul 138.150 mata.

Pingat emas acara berpasukan itu dimenangi Uzbekistan dengan 151.600 mata, manakala Kazakhstan dan China masing-masing meraih perak dan gangsa dengan mengutip 148.800 dan 142.650 mata.


Sementara itu, Amy dan Izzah berjaya mara ke peringkat akhir acara individu keseluruhan esok.

Selepas pusingan kelayakan hari ini, Amy dan Izzah masing-masing mengumpul 41.900 dan 41.250 mata untuk berada dalam kelompok 16 terbaik. – BERNAMA

Kategori