Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan 5 Anggota Keluar...

SUNGAI BESAR - Tindakan lima anggota UMNO kawasan Sungai Besar menyertai PAS petang...

Tulis Lagu Buat Suami,...

MAHLIGAI yang diimpikan kini menjadi kenyataan selepas pengacara Dayah Bakar telah selamat dinikahkan...

Wei Feng Sumbang Mata...

KUNSHAN - Chong Wei Feng membuktikan kehadirannya dalam skuad Piala Thomas negara bukan...

3 Jemaah Masjid Di...

KHARTOUM - Tiga jemaah sebuah masjid di Kasala maut manakala beberapa lagi cedera...

Skim SuperBumi Mampu Lonjak Eksport Perabot

KUALA LUMPUR – Skim Usahawan Perabot Bumiputera (SuperBumi) akan membantu meransang serta melonjakkan eksport perabot Malaysia, kata Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Dr Jalaluddin Harun.

Menurutnya, inisiatif yang bertujuan melatih usahawan perabot Bumiputera menjadi vendor perabot pada masa depan, akan turut berperanan sebagai pembekal komponen perabot seperti kaki meja sehinggalah kontraktor utama.

“Apabila lebih ramai vendor perabot dapat diwujudkan di Malaysia, ini akan dapat melonjakkan lagi eksport berikutan kebanyakan kontraktor utama juga berperanan sebagai pengeksport,” katanya kepada pemberita pada taklimat Pameran Perabot dan Kelengkapan Ke-11 Malaysia 2018 (MF3 2018) di sini, hari ini.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Skim Superbumi yang merupakan inisiatif MTIB dengan kerjasama Persatuan Perabot Muar yang turut membabitkan usaha syarikat perabot bukan Bumiputera melatih peserta Bumiputera.

Selain itu, Malaysia menyasarkan eksport perabot sebanyak RM12 bilion menjelang 2020 dan jumlah eksport pada tahun lepas mencecah RM10.14 bilion.

Sementara itu, mengulas MF3 2018 yang akan diadakan pada Ogos depan, Pengerusi Penganjur, Cindy Kong Kim Tai berkata penyertaan pertama kali oleh MTIB itu dijangka meningkatkan jualan kepada RM30 juta berbanding RM20 juta, tahun lepas.

Jumlah RM30 juta itu merangkumi RM25 juta yang disumbangkan oleh MF3 2018 manakala baki RM5 juta dijana oleh Pavilion MTIB – Pameran Kayu dan Gaya Hidup, katanya.


Kong berkata ruang pameran bagi MF3 2018 adalah seluas 7,500 meter persegi yang mana seluas 700 meter persegi akan diperuntukkan kepada Pameran Kayu dan Gaya Hidup yang menempatkan 40 syarikat perabot Bumiputera.

“Lebih 120 syarikat akan turut serta manakala 6,000 pengunjung dijangka hadir pada acara itu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10-12, Ogos 2018,” katanya.

Ketika mengulas Pameran Kayu dan Gaya Hidup berkenaan, Jalaluddin pula yakin sasaran jualan RM5 juta itu mampu dicapai, terutamanya sejajar dengan peningkatan sentimen dan kuasa beli rakyat negara ini berikutan keadaan ekonomi yang lebih baik.

“Tahun lepas kita berjaya menjana jualan kira-kira RM3.6 juta. Namun, dengan adanya faktor yang telah saya nyatakan beserta peningkatan jumlah kediaman dan rumah kedai di negara ini, kita yakin sasaran itu dapat dicapai,” katanya. – BERNAMA

Kategori