• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Aisyah Lebur Rekod Kebangsaan Acara 90Kg

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Atlet angkat berat wanita negara, Siti Aisyah Md Rosli berpuas hati apabila berjaya melebur rekod kebangsaan miliknya dalam kategori 90kg di Sukan Komanwel 2018.

Atlet berusia 23 tahun itu melakukan jumlah angkatan seberat 214kg untuk menduduki tempat keempat keseluruhan.

Pingat emas dimenangi atlet Fiji, Eileen Cikamatana dengan angkatan 233kg, diikuti peserta tuan rumah Kaity Fassina yang mengangkat 232kg untuk pingat perak.

Gangsa dimenangi atlet Cameroon, Clementine Meukeugui Noumbissi dengan jumlah angkatan 226kg.

“Saya dah pecah rekod kebangsaan 90kg dan 115kg. Cuma saya tidak puas hati dalam acara snatch tadi, saya rasa boleh buat lebih baik.

“Saya cuba dalam clean & jerk dan pencapaian 123kg itu adalah terbaik untuk saya. Tadi masa percubaan seterusnya, saya dah mula rasa takut (hendak buat angkatan),” katanya.

Dalam saingan akhir di Carrara Sports and Leisure Centre, Siti Aisyah melakukan angkatan 91kg dalam acara snatch diikuti 123kg dalam acara clean & jerk.

Ditanya mengenai perancangan seterusnya, atlet kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata beliau akan meneruskan latihan untuk kejohanan seterusnya di Thailand dan jika diberi peluang mahu mencuba nasib di pentas Sukan Asia 2018.

“Saya pasti akan kembali lagi ke Sukan Komanwel empat tahun lagi dengan sasaran yang lebih baik. Lagipun saya masih muda.

“Saya tahu peluang agak sukar di Sukan Asia tapi tidak salah mencuba kalau diberi peluang. Mana tahu nasib saya,” katanya.

Acara angkat berat melabuhkan tirai hari ini dan telah menyumbang tiga pingat iaitu dua emas dan satu gangsa buat kontinjen negara. – BERNAMA

Tags: angkat berat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Patah Lengan Angkat Beban 110 Kilogram

14/04/2019
0

TBILISI - Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga mengangkat...

Nenek 97 Tahun Angkat Berat Dapat Emas

09/04/2018
0

BIASANYA warga emas yang mencecah umur 90 tahun ke atas lebih banyak menghabiskan masa yang tersisas dengan duduk dan melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd