• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Single Baru Lan Kisah Krisis Bersama Kristal

oleh Haris
24/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERGERAK solo sejak hujung tahun lalu, Lan Solo mendedahkan bahawa single terbaharunya, Berpisah Tanpa Rela merupakan luahannya mengenai kontroversi berpisah dengan kumpulan Kristal.

Bagaimanapun, Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof berkata, dia bukannya mahu menghangatkan semula isu berkenaan sewaktu menghasilkan lagu tersebut.

Sebaliknya, ianya digubah hanyalah sebagai luahan peribadinya yang disampaikan melalui lagu.

“Pada awalnya saya ingin menulis lagu cinta tentang kekasih tetapi saya mahu Berpisah Tanpa Rela mempunyai elemen peribadi tentang diri saya.

“Jujurnya saya bukan ingin mengungkit tentang apa yang berlaku kerana saya sendiri pun dah ‘tutup buku’ cuma ini sekadar luahan dalam lagu,” katanya dipetik mStar Online.

Pada November tahun lalu, Lan mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Kristal selepas pemain gitar utama kumpulan itu, Rody mengumumkan bahawa Lan direhatkan dan mereka sedang mencari vokalis baharu.

Konflik berkenaan dilaporkan timbul disebabkan anggota kumpulan Kristal terasa hati dengan tindakan Lan menyertai program realiti GegarVaganza 4 (GV4) secara solo tanpa memberitahu mereka.

Dalam pada itu, Lan menyifatkan penghasilan lagu Berpisah Tanpa Rela yang diciptanya sendiri itu bukan bermaksud dia masih belum meneruskan kehidupannya selepas keluar daripada kumpulan Kristal.

Ujarnya, dia mahu mengembangkan lagi karier solonya malah tidak terbuka hati pun untuk kembali ke pangkuan kumpulan tersebut buat masa ini.

“Orang mungkin kata saya belum move on tetapi saya anggap lagu ini seperti seseorang yang teringat kekasih lama tetapi dia sudah meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

“Walaupun ada kesan mendalam pada diri saya tetapi saya sudah ‘move on’ dengan apa juga yang berlaku di antara kami sebelum ini.

“Malah tak terfikir pun untuk kembali bersama buat masa ini kerana luka di hati ini pun belum sembuh!” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai lagu solo pertamanya itu, Lan berkata dia menghasilkan lagu tersebut selepas berakhirnya program GV4 pada hujung tahun lalu.

Tambah Lan, dia menghasilkan lagu bergenre pop balada untuk kerjayanya sebagai penyanyi solo kerana sememangnya menyukai dan selesa dengan irama tersebut selain mahu membawa kelainan kepada kariernya selepas 20 tahun menyanyikan lagu rock bersama Kristal.

“Saya masih Lan yang dulu tetapi apabila bergerak solo saya perlu ikut jiwa saya selain permintaan pasaran dan kegemaran pendengar ketika ini.

“Pada awalnya ada juga peminat tegar sejak bersama Kristal dahulu tidak suka dengan perubahan dilakukan tetapi Alhamdulillah sokongan diterima lebih banyak daripada kritikan,” jelasnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: KristalLan Solo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lan Solo Rancang Konsert Bantu Kanak-Kanak Sumbing

23/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Lan Solo, bersyukur keadaan anaknya, Nur Amna Quxandra, semakin baik selepas menjalani pembedahan membetulkan bibir sumbing...

Krisis Antara Lan Solo & Kristal Sebenarnya Beri Impak Positif

20/08/2018
0

SUBANG JAYA-  Penyanyi Lan Solo mengakui krisis di antaranya dengan kumpulan Kristal sebelum ini memberi peluang untuk mereka maju ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd