• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Jual Sijil Palsu: 3 Lelaki Direman 5 Hari

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiga lelaki termasuk seorang warga India direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran sijil akademik menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad mengeluarkan perintah reman hingga Jumaat ini (20 Mac) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut laporan media, ketiga-tiga lelaki berumur antara 30 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang semalam di sekitar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sumber SPRM berkata mereka dipercayai orang tengah yang menguruskan proses pembelian sijil palsu tersebut dan pasukan penyiasat sedang mengenal pasti individu yang bertanggungkawab mencetak sijil palsu tersebut.

Katanya sindiket terbabit dipercayai mengeluarkan sijil diploma, sarjana muda dan sarjana palsu tanpa memerlukan individu terlibat mengikuti kursus pembelajaran.

Sindiket ini hanya mengambil masa seminggu untuk menyediakan sijil palsu tersebut yang diperoleh dengan bayaran antara RM2,000 dan RM16,000 bergantung kepada jenis sijil dan IPTS, kata sumber itu.

SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan individu dalam IPTS yang bersubahat dengan sindiket itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: IPTSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd