• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrol Shiro Pernah Jadi Mangsa Fitnah Buli Siber

oleh
18/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK dan pengacara, Shahrol Shiro mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli siber berhubung berita palsu mengenai dirinya yang tersebar melalui media sosial.

Menurut Shahrol, dirinya pernah menjadi mangsa fitnah apabila dia dikatakan telah meninggal dunia sekitar tiga tahun lepas sehingga memaksa ahli keluarganya bergegas pulang ke kampung halaman di Kluang, Johor.

Pun begitu, Shahrol tidak terniat untuk mengambil untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan sebaliknya, lebih memilih untuk memaafkan perbuatan tersebut kerana enggan mereka mencarinya di akhirat kelak.

“Memang berita mengatakan saya meninggal dunia sangat menyakitkan hati saya tetapi saya memilih untuk memaafkan pihak yang membuat fitnah itu.

“Saya ampunkan mereka kerana tidak mahu mereka mencari saya di akhirat nanti,” kata Shahrol dipetik mStar Online.

Berbicara mengenai kejadian dia dikatakan meninggal dunia, Shahrol menjelaskan ketika itu dia dimasukkan ke sebuah hospital di Johor akibat menghidap penyakit sinus atau resdung yang serius.

Bagaimanapun, keadaan menjadi huru-hara apabila adiknya yang membaca berita berkenaan di sebuah blog bergegas pulang ke Johor dari Seremban selepas tidak dapat menghubunginya.

“Saya ketika itu berada di hospital dan talian telefon juga ditutup kerana tidak mahu diganggu selain ingin berehat.

“Bayangkan adik saya menangis balik ke Johor selepas mengetahui berita yang dibacanya dan kalau apa-apa terjadi kepadanya siapa akan bertanggungjawab?

“Ini bahayanya berita palsu dan fitnah di media sosial kerana ia melibatkan banyak pihak lain dan macam-macam perkara boleh berlaku,” jelas pelawak berusia 33 tahun itu.

Ujar Shahrol, perkara tersebut adalah pengalaman yang paling buruk yang pernah dialaminya dan mengaku tidak faham apa motif sebenar pihak yang menyebarkannya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: shahrol shiro
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Ditempelak Buat Pusingan U Isu Kedai Roti

Next Post

Video: “Biadab Punya Budak Flat PPR!”

Related Posts

Shahrol Shiro Aktif Berkempen Bantu BN

13/01/2020
0

KIMANIS - Pelawak terkenal, Shahrol Shiro nampaknya semakin menonjolkan diri dengan berkempen mewakili Barisan Nasional (BN). Jika sebelum itu beliau...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

Next Post

Video: "Biadab Punya Budak Flat PPR!"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd