• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesiapa Sahaja Boleh Bertanding Di Bagan Datuk

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ahmad Zahid, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen itu berkata, terserah kepada pengundi Bagan Datuk sendiri untuk menentukan parti atau individu yang akan memberikan kesinambungan serta perkhidmatan yang terbaik.

“Saya tentunya tidak dapat menolak parti atau individu yang berniat untuk bersama-sama memberi makna demokrasi di Bagan Datuk ini.

“Tentu sekali rakyat Bagan Datuk boleh menilai siapakah pemimpin bermusim yang datang setiap kali musim menuai tiba. Oleh kerana Bagan Datuk tiada musim buah, kita cuma ada kelapa dan kelapa sawit maka ‘musim buah’ tidak seharusnya tiba di Bagan Datuk,” katanya pada sidang media selepas makan tengah hari di Restoren Basha di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM), Ibrahim Mat Zin, 68, atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh Malaysia’ semalam untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid meminta agar anak muda yang berhijrah ke bandar supaya pulang mengundi pada 9 Mei ini.

“Yang duduk luar dari Bagan Datuk baliklah mengundi kerana hari berkenaan telah diumumkan sebagai cuti umum,” katanya.

Pada PRU13 Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei manakala penamaan calon pada 28 April. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd