Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tangkapan Insiden Kuil Kini...

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan...

Tampil Gaya Boyish, Ara...

PENYANYI kelahiran program Akademi Fantasia 2016, Ara Johari sememangnya dikenali dengan imej santainya...

Jawatankuasa Khas Runding Isu...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jawatankuasa Khas diketuai...

“Kalau Lihat Jasad Si...

KUALA LUMPUR - "Kalau lihat kepada jasad si mati, saya tidak boleh nak...

Serang Syria Ancam Keamanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Serangan bersepadu ke atas Syria oleh Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa, kata Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasharudin Mat Isa berkata situasi itu tidak saja mengancam rantau berkenaan, malahan daerah luarnya, oleh kerana tidak ada solusi tentera dapat menyelesaikan konflik berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan relevan dalam masyarakat antarabangsa mempertingkat usaha ke arah membantu mewujudkan penyelesaikan damai terhadap konflik yang sedang berlaku.

Pada Jumaat, Presdien AS Donald Trump bersama Britain dan Perancis dilaporkan melancarkan serangan udara bersepadu ke atas Syria atas alasan menghukum rejim itu kerana melakukan serangan senjata kimia.

Pengumuman itu dibuat Trump dalam ucapan lewat malam dari White House pada Jumaat. – BERNAMA

Kategori