Sample Page Title

SUSULAN tersebarnya video seorang ibu yang berang apabila anaknya menjadi mangsa hukuman fizikal oleh seorang cikgu, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi terhadap perkara tersebut.

Dalam video berkenaan, wanita tersebut meluahkan perasaan tidak puas hatinya apabila anaknya ditampar dua kali oleh seorang guru hanya kerana bermain dengan bendera yang berada di sudut padang.

Baca: Ibu Bengang Anak Kena Penampar Dengan Cikgu

Tidak dapat dinafikan, pihak pentadbir sekolah dan para guru memainkan peranan penting dalam memupuk disiplin murid di sekolah bagi melahirkan insan yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk mereka membentuk disiplin murid pada masa kini memandangkan isu ini agak sensitif untuk ibu bapa terutama apabila ia menyebabkan anak mereka menerima hukuman fizikal.

Gambar Hiasan

Isu disiplin sekarang perlu ditangani dengan hati-hati oleh setiap guru bagi memastikan mereka tidak melanggar pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Dengan kuasa terhad yang diperoleh guru sekarang menyebabkan masalah disiplin kini sukar dibendung memandangkan mereka perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan pihak kementerian bagi memastikan kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Namun, kesukaran membendung masalah ini bukanlah alasan untuk guru-guru bertindak melulu dengan menampar murid seperti yang diceritakan wanita berkenaan berlaku ke atas anaknya.

Isu ini membolehkan kita melihat semula senarai yang dikeluarkan Unit Disiplin KPM berkenaan bentuk-bentuk hukuman yang dilarang untuk dilakukan oleh guru terhadap murid.

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL

1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri/sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja
6. Menarik rambut/tarik telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi/buku
9. Cubit
10. Enjut / ketuk ketampi / mendada
11. Ketuk / sekel kepala


HUKUMAN TERHADAP MENTAL DAN EMOSI

1. Gunting Rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai
6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak buku latihan
10. Mengugut atau menggertak murid
11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan

Menerusi senarai tersebut, tindakan guru berkenaan memukul murid darjah empat itu sebenarnya melanggar peraturan yang telah dikeluarkan ini, kerana ia termasuk dalam hukuman berbentuk fizikal yang dilarang.

Tidak dapat dinafikan, beberapa perkara dalam senarai 23 larangan itu dianggap biasa pada zaman persekolahan dahulu terutama hukuman yang terletak dalam senarai emosi seperti berleter dan menggunting rambut murid.

Sebenarnya, senarai ini dikeluarkan disebabkan tindakan segelintir ibu bapa sekarang yang terlalu memanjakan anak mereka sehingga langsung tidak boleh ditegur guru apabila melakukan kesalahan.

Namun, tidak ibu bapa yang berperangai sebegitu, ada juga yang masih tegas dalam mendidik dan mempercayai guru-guru  dengan membenarkan anak mereka diambil tindakan disiplin sekiranya benar-benar bersalah.

Apa yang penting di sini, kedua-dua pihak iaitu pihak pentadbir sekolah serta ibu bapa perlu sama-sama memastikan disiplin anak-anak muda ini terjaga.

Guru tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menghukum anak murid tanpa sebab dan ibu bapa juga perlu lebih mempercayai dan bekerjasama dengan guru untuk membentuk disiplin anak-anak.–MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...