Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

25 Kilang Ais Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah melakukan 225 pemeriksaan terhadap kilang ais bagi...

PKPB: Pekerja Awam, Swasta...

KUALA LUMPUR - Semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran...

Ayda Jebat Ungguli 3...

NAMPAKNYA populariti pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tidak dapat disangkal lagi apabila namanya...

PRU-15 Wajar Diawalkan, Selesaikan...

KUCHING : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik...

Sektor Halal Digesa Terima Teknologi Baharu Industri 4.0

KUALA LUMPUR – Industri halal digesa menerima pakai teknologi baharu dalam​ Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) sebagai inovasi teknologi terkini yang berpotensi memperkukuhkan dan meningkatkan bukan hanya ekonomi, malah dunia secara keseluruhannya.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah revolusi perindustrian masa lalu menunjukkan​​​​​​​ bahawa kegagalan menerima pakai teknologi baharu telah menyebabkan syarikat dan industri mengalami kesukaran atau menemui kegagalan.

“Kecanggihan teknologi yang pesat dan tidak pernah wujud sebelum ini sedang mentransformasikan ekonomi, pekerjaan dan tamadun itu sendiri, oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia sedang berubah.

“Berbilion penduduk kini berhubung antara satu sama lain secara langsung menerusi peralatan mudah alih yang tidak terkira banyaknya.

“Peningkatan kapasiti kuasa pemprosesan dan penstoran secara besar-besaran bermaksud bahawa data dikumpulkan dan dimanfaatkan tidak seperti sebelumnya,” titah baginda dalam ucaptama di hari kedua Persidangan Halal Dunia 2018 di sini, hari ini.

Baginda bertitah kesan potensi Industri 4.0 adalah amat besar, termasuk meningkatkan ​​​​​​taraf​​​​​​​ hidup, memperkukuhkan keselamatan dan perlindungan serta menambah baik kapasiti insan secara ketara.

Sultan Nazrin bertitah oleh itu, industri halal perlu memanfaatkan potensi tersebut dalam usaha untuk terus mencatatkan pertumbuhan di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, baginda bertitah manfaat luar biasa pembangunan juga memberi risiko besar, seperti​​​​​​​ dibuktikan oleh skandal data raya contohnya kes-kes berprofil tinggi terkini yang didedahkan dalam laporan berita.

Sementara itu, industri halal semakin berkembang pada kadar memberangsangkan dan nilainya dijangka meningkat hampir tiga kali ganda kepada US$6.4 trilion (US$1=RM3.87) tahun ini daripada kira-kira​​​​​​​US$2.3 trilion pada 2012, titah baginda.

“Walaupun halal mungkin paling kerap dikaitkan dengan makanan dan minuman, namun​​​​​​​ sebenarnya banyak lagi ​rangkaian produk dan perkhidmatan halal yang boleh ditawarkan, termasuk penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, penjagaan peribadi dan kosmetik, pengembaraan dan pelancongan, serta perkhidmatan kewangan.


“Menurut Reuters, menjelang akhir tahun ini, industri makanan halal sahaja akan bernilai US$1.6 trilion, industri kosmetik halal (US$39 bilion) dan industri farmaseutikal halal (US$97 bilion),” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah pertumbuhan besar dan meluas itu dipacu oleh peningkatan permintaan​​​​​​​ terhadap alternatif halal yang merentasi kepelbagaian sektor runcit, terutama di kawasan yang mencatat ​​​​​​ peningkatan pesat jumlah penduduk Islam, selain negara majoriti bukan Islam seperti China, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dalam usaha meneruskan perkembangan pesat, baginda bertitah, peserta industri halal, bersama-sama institusi kewangan Islam, pihak pengawal selia dan peserta pasaran lain, perlu giat menyuburkan ekosistem halal melalui penggunaan kemudahan dagangan patuh syariah.

Langkah itu, titah baginda, akan memudahkan pertumbuhan kewangan Islam dalam ekonomi​​​​​​​ perdagangan dunia sekali gus membantu menggalakkan pematuhan menyeluruh yang diingini dalam industri halal.

“Pada masa sama, industri halal dapat benar-benar meraih manfaat secara ketara daripada modal yang boleh dijana menerusi mekanisme kewangan Islam, seperti sukuk dan takaful.

“Sememangnya, sejumlah syarikat halal telah melaksanakan kaedah pendanaan ini. Sehingga 2014, US$5 bilion telah dikumpul melalui sukuk oleh 40 penerbit daripada industri halal,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah Malaysia menunjukkan potensi dalam pembiayaan sukuk korporat sejak​​​​​​​beberapa tahun kebelakangan ini, mendominasi penguasaan pasaran dengan 63.2 peratus atau US$47.3 bilion, daripada terbitan pada 2016.

“Beta yakin, ini merupakan petunjuk positif yang menandakan potensi dunia yang besar bagi pendanaan sukuk untuk industri halal mengumpul dana serta membiayai perniagaan mereka secara​​​​​​​ kaedah​​​​​​​ patuh syariah, dengan tujuan mencapai matlamat yang dikehendaki iaitu pematuhan menyeluruh​​​​​​​ dalam ekosistemnya,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori