• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Larang Lawat Jabal Thur, Gua Hira’ Ketika Umrah

oleh
20/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi dilaporkan mula melarang semua kegiatan lawatan ke beberapa tempat bersejarah semasa menunaikan umrah, berkuat kuasa serta-merta.

Larangan tersebut diumumkan pihak berkuasa melalui sepucuk surat rasmi turut diterima beberapa rombongan ibadah berkenaan termasuk agensi pelancongan dari seluruh dunia yang gemar melakukan aktiviti itu selama ini.

Agensi berita Mediacorp Singapura hari ini turut dilaporkan telah mendapat salinan surat yang ditandatangani oleh Abdul Aziz Abdul Rahim, wakil daripada kementerian tersebut bagi memaklumkan mengenai larangan baharu itu.

Tempat-tempat yang dimaksudkan oleh kerajaan Arab Saudi antaranya ialah kawasan Bani Saad, Masjid Kuu’ dan Masjid Ibn Abbas di bandar Taif serta Jabal Thur dan Jabal Noor, termasuk Gua Hira’ di Makkah.

Surat berkenaan ada menyatakan bahawa langkah berkenaan terpaksa diambil setelah ia mendapati terdapat kes segelintir pengunjung melakukan perkara yang dianggap “syirik dan tahayul” di tempat-tempat bersejarah tersebut.

Menurutnya lagi, pernah berlaku juga insiden apabila para pengunjung mengalami kecederaan serius semasa cuba memanjat bukit dan ada kalanya yang membawa maut akibat tidak mahu mengutamakan aspek keselamatan.

Surat tersebut turut menambah bahawa memandangkan lawatan-lawatan itu memang dianggap sebagai tidak wajib, ia meminta pihak agensi untuk tidak memasukkannya dalam rancangan perjalanan rombongan jemaah umrah.

Mereka yang didapati sengaja ingkar dengan cuba melanggar perintah ditetapkan tersebut bagaimanapun hanya akan dikenakan hukuman denda oleh pihak Kementerian Umrah dan Haji Saudi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudiumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd