KHAMIS lalu, kecoh di media sosial apabila pelakon jelita, Rozita Che Wan dikatakan ‘naik hantu’ menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Enggan perkara itu terus disalah tafsir, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah tampil menjelaskan punca sebenar dia bertindak sedemikian.
Tidak menyangka perkara itu menjadi tular, Che Ta menjelaskan dia sudah lama mengenali Zaihani Mohd. Zain atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zai malah, tiada persengketaan yang berlaku antara mereka.
Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan yang ‘memetik’ namanya secara tiba-tiba menyebabkan Che Ta bertindak membuat komen balas.
“Sebab dia ‘petik’ (kaitkan) nama saya, sebab tu saya buat komen balas. Sebelum ni tak ada masalah pun, tak patutlah dia keluar kenyataan sehingga mengaitkan pengurus saya.
“Dia dah buat permohonan maaf tapi menghasut pula suruh orang lain jangan taja baju untuk saya,” katanya dipetik mStar Online.

Tambah Che Ta, dia mengakui tidak setuju dengan pendapat dikemukakan oleh pengkritik fesyen berkenaan kerana Kak Zai tidak mempunyai hak untuk menghakimi individu bertubuh besar yang hadir ke pertunjukan fesyen.
“Apa yang dia cakap itu salah dan saya rasa perlu tegur tentang hal itu. Sebelum ini dia juga mengata orang, tapi orang tak tahu nak bersuara.
“Lagipun awak siapa nak menghakimi orang gemuk ke apa sebab orang lain tak judge usia awak pun,” tambah isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu.
Baca: Pengurus Jadi Mangsa, Che Ta Amuk ‘Serang’ Kak Zai
Terdahulu, Che Ta meluahkan rasa kurang senang terhadap Zaihani kerana melemparkan tuduhan liar dan tidak berasas ke atas pengurusnya.
Difahamkan, Kak Zai mendakwa bahawa pengurus kepada pelakon wanita itu adalah punca dan individu yang mula menyebarkan kenyataan dimuat naik olehnya baru-baru ini.
Juga: Hina Orang Gemuk, Zaihani Diselar Ramai Pihak
Lagi: Zaihani Tampil Penjelasan Isu Hina Orang Gemuk
Imbas kembali, sebelum ini Zaihani telah memuat naik status mengundang ‘amarah’ ramai pihak di media sosial yang disifatkan mengutuk individu berbadan besar.
Difahamkan, penggiat fesyen tersebut meluahkan ketidakselesaan itu selepas duduk bersebelahan dengan individu bertubuh besar dalam sebuah pertunjukan fesyen. – MYNEWSHUB.CC/AM