• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Nasihat Orang Politik Amal Politik Matang

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan ‘orang politik’ yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), untuk berpolitik secara matang.

Beliau berkata ini kerana terdapat segelintir orang politik yang hanya menceritakan ‘separuh kebenaran’ terhadap sesuatu perkara dengan hasrat agar rakyat membenci pucuk pimpinan negara.

“Kalau nak kuasa, buatlah kerja bukannya buat sandiwara dan cerita macam-macam,” katanya ketika berucap dalam majlis Salam Sayang Perdana, di Pusat Komuniti Lembah Pantai, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi BN Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Penolong Setiausaha Wanita BN, Datuk Noraini Ahmad.

Rosmah turut mengingatkan orang politik supaya tidak menjatuhkan maruah orang lain demi politik.

“Kita semua ada perasaan, tak payahlah cakap macam-macam, kita ada maruah diri. Kita sesama Islam jangan jatuhkan air muka orang. Nak berpolitik, politiklah, tapi berpolitiklah secara matang,” katanya.

Mengulas mengenai program anjuran Wanita BN itu, Rosmah berkata ia merangkumi kerja-kerja kebajikan, kesukarelawan dan kemasyarakatan untuk memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

“Program ‘outreach’ seperti ini dilaksanakan untuk mendekati pengundi di semua kawasan Parlimen di seluruh negara, di samping mendengar keluh kesah rakyat.

“Kita semua tahu pelbagai isu telah diputar belit pembangkang untuk melemahkan BN menjelang PRU. Jadi program ini adalah peluang terbaik jentera BN bertemu pengundi dan beri penjelasan secara bersemuka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 April ini sebagai hari penamaan calon manakala 9 Mei sebagai hari pengundian. – BERNAMA

Tags: Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd