• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Tak Berjaya, Tangan Pula Putus Ditetak

oleh AK-47
29/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH menyamun, seorang lelaki dilibas dengan senjatanya sendiri ketika cuba menyamun dua pekerja Indonesia sehingga menyebabkan pergelangan tangannya terputus.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Sabtu di rumah pekerja ladang SMC Sungai Toh Pawang, Bedong, Kedah, suspek bersama seorang lagi rakannya menceroboh masuk ke rumah mangsa dengan bersenjatakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata, kejadian berlaku semasa kedua-dua mangsa sedang tidur dan terjaga sebaik terdengar bunyi bising setelah pintu rumah ditendang.

“Mangsa yang terjaga, keluar dari bilik dan terkejut apabila mendapati dua suspek tidak dikenali bersenjatakan parang menyerangnya.

“Akibat dari serangan itu, mangsa cedera di bahagian ibu jari tangan kiri,” katanya memetik laporan sebuah portal berita tempatan.


Mangsa kemudian bergelut dengan suspek sehingga keluar daripada rumah sambil disaksikan oleh rakan suspek.

Seorang lagi penghuni rumah yang terdengar pergaduhan tersebut terus keluar dan memukul suspek menggunakan batang besi dan rakan suspek yang panik cuba melarikan diri.

“Mangsa bagaimanapun sempat merampas parang dan terus melibas tangan suspek, membuatkan pergelangan tangan kiri lelaki berusia 22 tahun itu terputus manakala antara ibu jari dan jari telunjuk tangan kanannya koyak,” katanya.

Tambah Saifi, suspek cuba mendapatkan rawatan dengan laporan mendakwa dirinya telah ditetak oleh pekerja ladang. Bagaimanapun perbuatannya itu terbongkar apabila siasatan dijalankan.

Tiada kerugian yang dialami oleh mangsa, namun polis akan menyiasat sama ada ia berkaitan dengan pergerakan kongsi gelap ataupun tidak.

Polis juga turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun yang ditahan di perkarangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala seorang lagi suspek berusia 22 tahun ditahan semasa mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

Semakan rekod mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah terlibat dengan satu kes cubaan samun pada awal tahun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/326 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hisan…

Tags: Libas Parangpenyamunputus tangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adi Putra Tayang IC, Layak Mengundi Pada PRU14

Next Post

Peneroka Felda Nikmati Pelbagai Manfaat Sejak 2009

Related Posts

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

17/09/2023
0

Kota Bharu : "Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke kedai tergamak mencederakan tangan saya sehingga hampir...

Anak Tetak Tangan Bapa Hingga Putus Ketika Bergaduh

29/01/2020
0

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kontrak berusia 53 tahun putus di bahagian pergelangan tangan kanan apabila ditetak oleh anak lelakinya...

Next Post

Peneroka Felda Nikmati Pelbagai Manfaat Sejak 2009

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd